Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

(Video) Jangan Tanam Rumput Kat Pili Bomba, Jenuh Abang Bomba Nak Gali Tanah Bila Kecemasan


Seperti yang kita dapat lihat, pili bomba mempunyai dua variasi warna iaitu merah dan kuning. Di sesetengah kawasan memang telah disediakan pili air bomba yang bertujuan sebagai sumber air ketika berlakunya sebarang kecemasan.

Umumnya, pili air bomba biasanya diletakkan di kawasan-kawasan awam seperti taman perumahan, selain kawasan yang mungkin mempunyai risiko tinggi berlakunya kebakaran.

Menyentuh tentang taman perumahan, tidak dinafikan kebanyakan penghuni gemar menanam tanaman di halaman rumah sebagai landskap. Namun ada segelintirnya dipercayai membuat landskap sehingga mengganggu ruang pili bomba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tahukah anda, tindakan menanam tanaman sehingga menyebabkan ruang kecemasan pili bomba ‘terganggu’ sebenarnya sangat membahayakan? Tahukah anda juga bahawa tindakan sebegitu sebenarnya bakal menyusahkan pihak bomba?

Menerusi video Tiktok salah seorang anggota bomba, Jaydee Rahim, beliau kongsikan situasi sepasukan bomba yang terpaksa menggali semula simen serta tapak pili yang sudah ditanam rumput di atasnya.

“Tujuan rumput itu dikorek dan tanah itu digali adalah untuk cari chamber yang tertimbus, dalam camber itu ada valve untuk buka air hydrant,’ tulisnya di ruangan komen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, hal tersebut akan menyukarkan misi madamkan api jika berlaku sebarang kebakaran di sekitar kawasan tersebut kelak.

Nak tahu lebih lanjut? Tonton video yang telah kami sertakan di bawah.

@jaydeerahim

Masih ramai tiada kesedaran pasal pili bomba.. 😅😅#abambomba #fyp #viral #foryou #fypシ

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Mantan Gimanale (Kaka Main Salah) – Ayu Gurnita

@jaydeerahim

Reply to @girl_flowers22 Kalau ada kebakaran kat sini je dah ambik masa bape lama..#abambomba #fyp #JomReady #foryou #viral #fypシ

♬ Gatal – Janna Nick

Advertisement. Scroll to continue reading.
@jaydeerahim

Reply to @gagamasdam Part last jgn mintak lg noo.. Tujuan buat sbb nak buka chamber hydrant.. #fypシ #viral #foryou #JomReady #abambomba #fyp

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tiktok Jaydeen Rahim

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement