Hi, what are you looking for?

Mamak News

Video Keletah Lucunya Sering Tular Di TikTok, Siti Hawa Sidek Disahkan Meninggal Dunia


Video Keletah Lucunya Sering Tular Di TikTok, Siti Hawa Sidek Disahkan Meninggal Dunia

Warga TikTok di Malaysia sudah tidak asing dengan kehadiran dua beranak ini. Nurul Ain berserta ibunya kerap menghasilkan kandungan lucu di TikTok sejak wabak pandemik lalu.

Kandungan video mereka telah menghiburkan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat sehingga setiap satu video yang dihasilkan di laman TikToknya mencapai jutaan jumlah tontonan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, sejak kebelakangan ini, ibu kepada Nurul Ain, Puan Siti Hawa Sidek dilaporkan tidak muncul dalam mana-mana video dalam akaun TikTok milik anak perempuannya.

Perkara tersebut turut disedari oleh warganet Malaysia, khususnya bagi para peminat yang sering ternanti-nantikan gelagat dua beranak ini lagi.

Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila anak perempuannya, Nurul Ain memaklumkan berita pemergian ibunya menerusi akaun Instagram kira-kira tengah hari tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kenal mama Ain tak? Bidadari Ain dah tak ada dekat sini, dia dah balik ke tempat asal dia.

“Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk mama ya, Siti Hawa Binti Sidek,” katanya.

Kredit: Instagram

Berikut merupakan kenyataan dari Instagram Story milik Nurul Ain yang disertai dengan gambar suasana sesi pengebumian ibunya yang tersayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit: Instagram

Berikut merupakan kenyataan dari Instagram Story milik Nurul Ain yang disertai dengan gambar suasana sesi pengebumian ibunya yang tersayang.

Berdasarkan kenyataannya, ibunya difahamkan telah menghidapi satu penyakit dalam masa yang lama.

Dalam pada itu, proses pengebumian Allahyarhamah dikatakan berjalan lancar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kehilangan Siti Hawa ini bukan hanya dirasai oleh ahli keluarga sahaja. Seorang rakan baiknya yang dikenali Cikgu Ferdy turut berkongsi mengenai rasa sebaknya selepas kehilangan rakan baiknya.

“Patutlah kau senyap je, rupanya sakit kanser.”

Menurut Cikgu Fardy, rakan karibnya telah menyembunyikan penyakit tersebut daripada pengetahuannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salam takziah untuk keluarga Allahyarhamah, moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: ainn.ros via Instagram & Cikgu Ferdy via Facebook

Baca: Jutaan Penunjuk Perasaan Berkumpul Di Sekitar Perancis, Protes Rancangan Kerajaan Naikkan Usia Persaraan

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications