Hi, what are you looking for?

Kereta langgar lari penunggang basikal

Mamak News

[VIDEO] Kereta Langgar Lari Penunggang Basikal


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Polis merakam keterangan seorang lelaki dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang basikal yang di langgar lari oleh sebuah kenderaan berwarna merah di Jalan Kinabalu di sini, pada Rabu.

Kereta Langgar Lari Penunggang Basikal

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya telah menghubungi pemandu kereta berusia 22 tahun itu.

“Dia telah hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Keretanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sarifudin berkata, siasatan awal terhadap video tular yang berdurasi satu minit itu mendapati penunggang basikal tersebut dari arah Cheras menghala ke Jalan Kuching pada jam 7.15 pagi.

BACA: [VIDEO] Lamborghini ‘Sodok’ Proton Perdana Hingga Terbalik

“Sampai di tempat kejadian, penunggang basikal dilanggar oleh sebuah kereta berwarna merah dari arah belakang dan kenderaan tersebut meneruskan perjalanan tanpa berhenti di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas sebagai kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan polis,” katanya.

Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.

“Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Lelaki Selit Duit & Minta Pekerja Kedai Jangan Baiki “Phone” Dengan Betul, Takut Ada Rahsia Diketahui Isteri Tidak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TONGGAK tengah Kuala Lumpur City, Ryan Lambert seakan sedang membuktikan sesuatu ketika melakar hatrik untuk bantu kemenangan 5-0...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KETUA jurulatih skuad hi negara, Arul Selvaraj menuntut para pemainnya agar cepat menyesuaikan diri selepas turun menjalani sesi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications