Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Anak ke hulu ke hilir cari ibu dalam hospital


PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak Palestin mencari ibunya dalam keadaan menangis di sebuah hospital meruntun hati pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik aplikasi TikTok, video yang memiliki lebih 10.8 juta tontonan itu menunjukkan seorang kanak-kanak Palestin menangis teresak-esak sambil menjengah dari satu bilik ke bilik pesakit untuk mencari keberadaan ibunya.

“Awak nampak ibu saya? Ada sesiapa nampak ibu saya?” soalnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan rakaman, kanak-kanak itu bertanyakan soalan itu kepada semua doktor yang berada di situ.

Dia akhirnya menemukan ibunya di dalam salah sakit ruangan pesakit apabila ibunya memanggilnya dari dalam.

Rakaman menyayat hati itu telah menerima puluhan ribu komen lega melihat kanak-kanak itu akhirnya bertemu dengan ibunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, dia jumpa mak dia. Kita hilang mak kat pasar malam pun dah gelabah (panik), apa lagi budak ini,” kata Syuhamazlan.

“Saya faham perasaan stress itu untuk hidup tanpa ibu,” kata seorang lagi pengguna laman sosial.

Seorang lagi pengguna laman sosial turut meninggalkan komen mengenai kesungguhan kanak-kanak mencari ibunya walaupunya dirinya tercedera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia pun cedera tapi dia masih cari mak dia,” komen seorang lagi pengguna laman sosial.

May yang juga merupakan seorang pengguna laman sosial turut berkata dia tak dapat membayangkan betapa takutnya kanak-kanak itu dan ibunya dalam keadaan itu sebelum mereka bertemu. – KOSMO! ONLINE

@justice_for_palestine89 #fypシ #fyp #foryourpage ♬ Afraid Humming – Nasheed


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement