Sebuah kereta mewah Lamborghini dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun hilang kawalan lalu merempuh sebuah Proton Perdana sehingga terbalik di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang pagi Rabu.
Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu turut melibatkan beberapa buah kenderaan lain sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
SEBUAH Lamborghini dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sejumlah kenderaan lain di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Insiden berlaku jam 8.40 pagi tadi semasa kereta sport jenama Itali itu dipandu dari arah KLIA menuju ke Bulatan Pahang pic.twitter.com/kBJNHmelJf— PanduLaju (@pandulaju) September 8, 2021
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua pemandu kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
BACA: Myvi Kuning Dilanggar Lori Pasir Hingga Remuk, Pemandu Terselamat
“Siasatan awal mendapati, kereta mewah jenis Lamborghini yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun tersebut menghala ke Bulatan Pahang dari arah KLIA.
“Lelaki terbabit telah gagal mengawal kenderaan dan telah melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun, menyebabkan kenderaannya terbalik.

Kenderaan mangsa kemudiannya telah melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya, termasuklah Mazda 2, Nissan Serena, Ford Ranger.
Tambah beliau, pihaknya juga telah menjalankan ujian saringan air kencing serta alkohol terhadap pemandu Lamborghini tersebut dan keputusan adalah negatif.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain.
Sumber: JSPT KL
BACA: Pemandu Dakwa Lamborghini Terlibat Kemalangan Hanya Kereta Sewa
