Hi, what are you looking for?

Mamak News

[VIDEO] Lelaki larikan rantai tangan emas dicekup


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

ALOR SETAR – Keprihatinan dan kepekaan orang awam berjaya membantu pihak polis memberkas seorang lelaki, tidak lama selepas dia melarikan seutas rantai tangan dari sebuah kedai emas di Jalan Putra di sini pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu yang turut tular di media sosial berlaku kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, suspek yang berusia 21 tahun pada awalnya datang ke kedai emas tersebut dan berpura-pura mahu membeli barang kemas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia bagaimanapun secara tiba-tiba berlari keluar dari kedai tersebut bersama rantai tangan emas seberat kira-kira 99.34 gram dianggarkan bernilai antara RM20,000 hingga RM30,000.

“Sebaik menyedari kejadian itu, jurujual berkenaan segera mengejar suspek sebelum menghubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, orang awam yang menyedari kejadian itu kemudian segera membantu untuk memberkas suspek dan berjaya menahannya berhampiran lampu isyarat Tambang Badak sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Susulan itu, pihak polis turut merampas kereta jenis Volkswagen Golf MK7 dinaiki suspek. Suspek direman selama empat hari sehingga 26 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Empat wilayah di Ukraine dilapor bakal menyertai Persekutuan Rusia selepas undian ‘Referendum Sham’ yang dilangsungkan sejak 23 September...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA- Taktik seorang pekerja di kaunter pembayaran stesen minyak yang mengaut keuntungan berganda menerusi penjualan kad Komunikasi Medan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HANOI: Seorang wanita mendakwa dia sudah mengamalkan diet air selama lebih 41 tahun dan sehingga kini, tidak mempunyai...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEJAK bertapak di negara seberang Indonesia pada tahun 2016, platform penstriman digital Netflix telah berjaya memikat hati penonton...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications