Hi, what are you looking for?

Mamak News

(Video) Mungkin Ramai Tertanya, Lelaki Ni Buat Eksperimen Isi Petrol Dalam Kereta Enjin Diesel & Ini Yang Berlaku


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Seperti yang diketahui, kebanyakan kereta di negara ini menggunakan minyak petrol untuk berkuasa dan berfungsi dengan baik. Kebiasaannya, pam petrol ‘dilabelkan’ dengan warna hijau (RON 97) dan kuning (RON 95).

Selain itu terdapat juga minyak diesel yang dilabelkan dengan warna hitam. Mungkin kita tidak akan tersilap memasukkan bahan api tersebut apabila ia sudah dilabelkan, namun seandainya kita memasukkan juga diesel ke dalam kenderaan yang sepatutnya menggunakan petrol, apa yang akan berlaku?

Petrol vs diesel

Dari segi penggunaan, diesel paling kerap digunakan oleh trak muatan berat, bas, bot, dan kenderaan lain yang memerlukan penarafan tork (gagah) yang lebih tinggi dan lebih banyak tarikan rendah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minyak berkuasa petrol pula paling kerap dikaitkan dengan kereta mempunyai penumpang, SUV dan trak ringan.

Walaupun kedua-duanya berasal daripada minyak mentah, petrol dan diesel mempunyai sifat fizikal berbeza. Untuk pengetahuan, petrol mempunyai tekstur yang lebih nipis dan mempunyai bau yang berbeza, sementara diesel pula mempunyai tekstur yang lebih tebal.

Perbezaan fizikal ini berlaku apabila diesel cuba untuk menembusi sistem bahan api dan komponen enjin kenderaan petrol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa akan berlaku jika diesel dimasukkan dalam kenderaan petrol?

Diesel yang lebih tebal dan tumpat daripada petrol menyebabkan bahan api ‘bergelut’ untuk menggerakkan campuran diesel atau petrol melalui sistem.

Ia juga tidak akan dapat melalui penapis bahan api dengan mudah dan akan tersumbat, menjadikannya tidak boleh digunakan.

Mungkin korang tengok kereta berjalan dengan baik selepas diesel dimasukkan, tetapi ia sebenarnya bergerak dengan menggunakan baki petrol yang terdapat dalam saluran bahan api.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keadaan yang sama atau lebih teruk mungkin berlaku jika anda menuangkan minyak petrol pada kereta berkuasa diesel. Hal ini kerana petrol cenderung untuk melakukan ‘pembakaran’ pada tahap tinggi dan membuatkannya menyala lebih cepat daripada bahan api diesel.

Ia boleh menyebabkan kerosakan yang besar pada enjin diesel dan komponennya.

Video di bawah ini memaparkan kesan yang berlaku pada kereta jika diesel dituang di dalam kereta berkuasa petrol dan sebaliknya. Semoga bermanfaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Jdpower, Fifth Gear

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications