Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ngeri, Lelaki Maut ‘Digilis’ Jentolak Ketika Sedang Guna Tandas


Seorang lelaki dilapor maut digilis jentolak ketika dia sedang menggunakan tandas mudah alih di sebuah tapak pelupusan sampah di Florida, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu, memetik laporan Daily Mail.

Menurut laporan, Aaron Henderson, 40, sedang bertugas sebagai pegawai trafik pada hari kejadian. Pada awalnya, dia dilihat menggunakan sebuah tandas mudah alih.

Dalam masa sama, pemandu jentolak itu ingin mengalih sebuah mesin. Namun salah satu bilah jentolak yang sudah dinaikkan tiga hingga empat kaki dari tanah telah melanggar sesuatu, lapor WTSP menerusi Daily Mail.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Pejabat Polis Daerah Polk County, pemandu jentolak itu disyaki tidak dapat melihat apa yang ada di hadapannya gara-gara pandangannya terhalang dek bilah jentolak itu.

Walau bagaimanapun, ketika dia sedang memandu jentolak ke hadapan, dia dapati terdengar bunyi sesuatu ‘remukan’ kuat.

Akhirnya dia sedari bahawa bunyi remukan kuat itu sebenarnya sebuah tandas mudah alih yang telah dilanggarinya secara tidak sengaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemandu jentolak segera keluar daripada kenderaan dan dia berlari ke arah tandas mudah alih untuk membuat pemeriksaan.

“Dia terkejut ketika menyedari bahawa terdapat seseorang yang berada di dalam tandas tersebut,” kata polis.

Bagaimanapun agak sudah terlambat untuk pemandu itu menyelamatkan mangsa yang menggunakan tandas tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal tersebut kerana ketika ditemui, mangsa sudah berada dalam keadaan tidak boleh bergerak, selain tidak memberi sebarang tindak balas di dalam tandas berkenaan.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menganggap kejadian itu sebagai satu kemalangan industri yang tragik dalam siasatan awal.

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement