Hi, what are you looking for?

Mamak News

(Video) Pakai “Transparent Acrylic” Jadi Penghadang, Rumah Lelaki Ini Tak Dimasuki Air Banjir


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Hampir setiap hari kita dengar fenomena banjir kilat berlaku di kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri lain membuatkan penduduk di kawasan tersebut lebih berwaspada dengan amaran cuaca yang dikeluarkan.

Bagi mereka yang pernah merasai situasi rumah ditenggelami air banjir, pasti tahu kesan dan kotoran di dalam rumah selepas air banjir surut. Sangat merumitkan. Mana taknya, habis sakit badan mengemas rumah. Tak sempat nak ‘berehat’, muncul lagi air banjir kilat ini.

Jadi, bagi mengelak rumah dimasuki air banjir, seorang pengguna Facebook, Kahirul Anuar Suria berkongsi satu peralatan ‘ajaib’ yang digunakan oleh rakannya, Desmond Wong. Alatan ini dikatakan sangat berguna bagi menghalang air banjir daripada memasuki rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, peralatan ini hanya sesuai digunakan untuk banjir yang tidak teruk tingginya. Namun, ia amat berkesan untuk korang mencuba menggunakan penghadang kaca ‘transparent acrylic’ ini setiap kali kawasan rumah dinaiki air akibat banjir kilat.

Salah satu cara untuk halang air memasuki rumah sewaktu banjir menggunakan ‘Transparent Acrylic’ (Bukan fibreglass atau cermin biasa seperti yang saya tulis sebelum ini). Terbaik idea sahabat saya Desmond Wong.

Korang boleh tonton video di bawah untuk melihat keberkesanan alatan ini untuk mengelakkan daripada air banjir memasuki kawasan dalam rumah. Bila letak penghadang ini, kurang lah sikit tenaga yang digunakan untuk mengemas rumah selepas banjir nanti.

Sumber: Khairul Anuar Suria

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Seorang lelaki warga emas ditahan pagi semalam selepas dikesan memandu kereta secara melawan arus di Lebuh...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING – Sejenis virus baharu digelar Langya dipercayai menjadi punca berpuluh-puluh penduduk China mengalami simptom seperti selesema dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Hampir satu pertiga isi rumah di United Kingdom (UK) bakal terjerumus ke dalam kemiskinan pada musim sejuk...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Polis berjaya mengiringi dan membawa penyong Perak FC yang terkepung di dalam Stadium Sultan Muhamad...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications