Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

[VIDEO] Pemandu Mazda sama ada mengantuk, mabuk atau sengaja langgar


PETALING JAYA – Seorang pemilik kereta jenis Mazda CX-5 sedang dicari gara-gara melanggar lari seorang penunggang motosikal sehingga jatuh dalam kejadian pada tengah hari tadi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Fariha Abd. Manaff kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.47 tengah hari tadi.

Di dalam video tersebut, kelihatan kereta jenis Mazda itu secara tiba-tiba menghimpit penunggang motosikal yang berada di kiri sehingga terjatuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, pemilik kereta tersebut dilihat tidak berhenti malah meneruskan perjalanannya.

Lokasi kejadian spesifik tidak dapat dipastikan dimana namun dipercayai berlaku di Kuala Lumpur.

Difahamkan laporan polis telah dibuat oleh mangsa dengan berpandukan bukti kamera papan pemuka kereta saksi yang melihat kemalangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Salam semua, kalau korang kenal pemilik kereta ni sila beritahu. Dia langgar lari ayah kawan kami tengah hari tadi.

“Tolong sampai-sampaikan ya moga dipermudahkan urusan korang. Dah dalam perjalanan buat laporan polis juga. Terima kasih kepada pemilik kamera papan pemuka ini,” tulis pengguna Facebook itu.

Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubunginya di talian 018-2521822.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mensyaki pemandu tersebut mengantuk atau mabuk kerana melihat kereta tersebut perlahan-lahan menghimpit ke bahagian kiri.

“Macam sengaja langgar, motosikal itu elok sahaja dekat tepi,” komen Penny.

“Cara dia masuk belah kiri itu memang macam ada niat,” komen Mona.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sama ada mengantuk atau mabuk.. harap polis dapat tangkap segera,” komen Normah. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications