Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

[VIDEO] Pembesar suara Tengku Hassanal guna pemberian kanak-kanak lelaki di Miri


PETALING JAYA – Gelagat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menggunakan pembesar suara berwarna merah untuk beramah mesra dengan rakyat Sarawak sepanjang Kembara Kenali Borneo mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video-video di media sosial yang dikongsikan rakyat Sarawak, baginda sentiasa memegang pembesar suara bersaiz kecil itu sekali gus memudahkan untuk berkomunikasi bersama masyarakat di sana.

Di sebalik kisah alat pembesar suara tersebut, sebenarnya ia adalah pemberian daripada seorang kanak-kanak lelaki yang mana Tengku Hassanal sempat menemuinya sewaktu menjelajah di sekitar Miri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi akaun TikTok @amoimlayucina iaitu ibu kanak-kanak itu menceritakan, anaknya pada mulanya menggunakan pembesar suara tersebut sambil menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Zaim semangat pakai ‘hand hailer’ (pembesar suara tangan) sambut Agong. Alhamdulillah, Agong lalu dan berhenti depan rumah di Lutong Baru di Miri.

“Cuba teka apa yang dimahukan Tengku Hassanal? Tengku minta ‘hand hailer’ merah Zaim. Kesukaan betul Tengku pada ‘hand hailer’ merah Zaim,” katanya menerusi video itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, wanita itu turut memuat naik video ketibaan Tengku Hassanal di tempat lain bersama pembesar suara tersebut seolah-olah alat itu telah ‘menjelajah’ di seluruh negeri Sarawak.

“Sampai Bintulu dah ‘hand hailer’ merah Zaim.
Inilah pemilik ‘hand hailer’ merah digunakan Tengku Hassanal.

“Berjasa ‘hand hailer’ merah Zaim untuk Kembara Kenali Borneo. ‘Hand hailer’ merah Zaim viral,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, ia turut mendapat maklum balas positif daripada orang ramai yang menyifatkan Zaim bertuah selain kenangan terindah di zaman kanak-kanaknya.

“Bertuahnya, semoga jadi kenangan terindah anak sis,” komen @zara.alhaj.

“Comel ya sampai ke Bintulu. Kenangan Tengku Hassanal dari Sarawak. Nasib dia tak nangis kan sis,” ujar @Shazs511. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.
@amoimlayucina #kembaraborneodirgahayutuanku #Kejadianspontan ♬ Terompet Kebangsaan – RUBY DTM


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications