Macam-macam ragam orang kita pergi cucuk vaksin, ada yang jadi hantu cina, ada yang jadi superhero, malah yang jadi zombie kak limah pun ada! Tak mengapa, yang penting kita dapat capai imuniti kelompok secepat mungkin.
Semalam pula viral di sosial media, menerusi perkongsian @pwettygerl, apabila kelibat ‘pocong’ pula datang ke PPV untuk mengambil vaksin. Tacod-nya!
Dalam video tersebut, seorang lelaki yang mengenakan pakaian mirip pocong sedang menuju masuk ke pusat pemberian vaksin dengan menaiki kerusi roda sambil ditolak oleh seorang petugas.
Pocong pun reti lenguh kaki
Petugas itu terpaksa menolak kerusi roda kerana pocong itu tidak boleh berjalan disebabkan tali yang diikat pada bahagian kaki. Dia juga terpaksa melompat-lompat masuk ke dalam dewan untuk ambil vaksin.
Pemilik akaun Tiktok ini yang merupakan salah seorang volunteer yang bertugas di PPV itu bersama seorang rakannya mengambil kesempatan merakam moment ‘seram’ itu.
Kejadian yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Meranti 2, Bandar Baru Sungai Buloh itu disaksikan oleh beberapa orang yang hadir untuk mengambil vaksin di sana. Mereka juga tidak melepaskan peluang merakam detik-detik tersebut sebagai kenangan.
“Laju siot dia lompat tangga!”
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ‘pocong’ yang datang cucuk vaksin. Abang rela pun rajin layan si pocong, terbaik!





Kita yang tengok ni pulak yang rasa letih kena lompat-lompat. Hehe. Respek abang pocong!
BACA: Netizen Cipta ‘Meme’ Vaksinasi Lawak Menggunakan Rujukan Filem Klasik Malaysia
RM13.01
