Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

[VIDEO] Polis sahkan dua lelaki cedera diserang anjing terlepas kurungan


BALING – Polis mengesahkan dua lelaki cedera akibat diserang tiga ekor anjing di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian pada pukul 7 pagi itu berlaku selepas haiwan tersebut dipercayai terlepas daripada kurungan.

“Hasil siasatan mendapati, dua mangsa diserang tiga ekor anjing yang terlepas daripada jagaan pemiliknya yang tinggal berhampiran tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemilik haiwan tersebut dikatakan cuba menghentikan serangan anjing-anjingnya itu terhadap mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemilik anjing mendakwa kejadian berlaku ketika isterinya baru selesai bersenam dan ingin masuk ke dalam kawasan rumah yang berpagar automatik.

“Dalam masa sama, isterinya ternampak tiga ekor anjing meluru keluar dari rumah dan dia juga bertindak mengejar anjing itu sebelum haiwan itu menyerang kedua-dua mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Akibat daripada serangan tersebut, dua mangsa terlibat mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pantai Sungai Petani dan Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan,” ujarnya.

Tambahnya, seekor anjing adalah jenis biasa dan tinggal bersama dengan mereka kira-kira 10 tahun lalu, manakala dua ekor lagi anjing jenis Rottweiler.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan Jabatan Veterinar telah dimaklumkan untuk melakukan tangkapan ke atas tiga ekor anjing itu,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, beberapa orang telah cedera akibat serangan daripada anjing yang sama sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

@ruzianadaud575 #kualaketil #poliskualaketil #fypdongggggggg ♬ sad – 卜宗晖


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement