Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

(Video) Sama Macam ‘Popeye’ & ‘Wreck It Ralph’ Lelaki Miliki Saiz Tangan Luar Biasa


Seorang lelaki dari Minnesota, Amerika Syarikat dilapor mempunyai saiz tangan yang sangat luar biasa, lapor Daily Star.

Menurut laporan, Jeff Dabe, menjadi tumpuan orang ramai di media sosial selepas dia memaparkan tangannya yang begitu besar.

Orang ramai mula mengelarnya sebagai ‘Popeye’ dan ‘Wreck It Ralph’ kerana bentuk lengannya yang sama seperti watak kartun animasi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memiliki tangan dengan ukuran yang sangat besar merupakan sesuatu perkara yang luar biasa. Begitu juga dengan lelaki berusia 48 tahun itu yang mempunyai saiz tangan berukuran 19.30 inci lilit.

Memiliki tangan besar tidak menghalang Dabe daripada melakukan pelbagai perkara.

Dia dilapor pernah menjadi juara dunia gusti lengan selepas dinobatkan sebagai johan dalam Kejohanan Grandmaster Persekutuan Antarabangsa Gusti Lengan Florida, Amerika Syarikat satu ketika dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok miliknya, dia menunjukkan saat di mana tangannya memegang sekeping wang kertas dolar Amerika.

Selain itu, ada juga video lain yang memaparkan bagaimana dia menanggalkan cincin di jarinya lalu disarungkan pada jari manis isterinya.

Warganet yang melihat video itu rata-ratanya berasa kagum dan terpegun dengan Dabe. Ada yang menggaitkan Dabe dengan Wreck It Ralph iaitu sebuah animasi dengan kartun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan, Wreck It Ralph merupakan satu animasi dari Walt Disney Animation Studios. Menerusi animasi itu, Ralph merupakan watak utama yang mana dia mempunyai tangan yang begitu besar.

Dalam pada itu, Dabe pernah menyatakan bahawa dia pernah menjalani beberapa pemeriksaan berkenaan tangannya yang luar biasa itu.

BACA JUGA: Hidap Penyakit Aneh, Tangan Kanak-Kanak Ini Membesar Persis Watak Animasi Popular Popeye

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemeriksaan yang dijalaninya adalah untuk mengenal pasti sama ada dia mengalami sindrom gigantisme atau gangguan pertumbuhan.

Tetapi, para pakar masih lagi tidak menemukan sebarang penyakit atau sindrom kelainan pada diri Dabe.

@jeffdabe

Reply to @yungpl4ya

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Jeff Dabe MN Armwrestler

@iwondertv

Worlds largest wedding ring and hand #worldrecord #ring #fyp #foryoupage #big #large #hand #hands

♬ Calabria 2007 – Instrumental Mix – Enur

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Saiz Kaki Besar Tapak Tangan Manusia, Heboh, Kucing ‘Raksasa’ Jadi Perhatian

Sumber: Daily Star

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement