Korang pernah main kiub rubik? ‘Seketul’ kotak berbentuk empat segi sama yang mempunyai enam sisi berlainan warna. Cabarannya ‘mudah’ saja, iaitu korang kena samakan semula kesemua warna tersebut mengikut sisinya.
Biasanya pemain kiub rubik ini akan menggunakan beberapa jenis formula. Ada formula yang panjang – biasanya untuk golongan ‘beginner’ dan ada formula yang ringkas. Ini sudah tentulah untuk golongan ‘pro’.
Menurut Rubiks.com, satu-satunya pemegang rekod menyelesaikan rubik kiub terpantas di dunia kini ialah Yusheng Du dari China, iaitu hanya selama 3.47 saat sahaja! Itu cerita tentang orang luar.
Jangan terkejut, rupa-rupanya orang kita sendiri pun pernah menempah nama dalam Malaysia Book of Record sebagai penyelesai kiub rubik terpantas di Malaysia sebanyak dua kali, iaitu Hariz Azizan.
Kalau korang layan TikTok Hariz ni, dia selalu kongsi tips-tips main kiub rubik. Terbaharu, Hariz menonjolkan bakatnya menyelesaikan kiub rubik ketika sedang menunggu pesanan makanannya sampai ke meja.
Dalam suasana lapang begitu, ‘selamba’ je Hariz menyelesaikan satu pusingan kiub rubik dalam masa sepantas 7.35 saat sahaja! Nak tahu macam mana Hariz buat, jom layan videonya di bawah ini.
@harizstuff Sementara tunggu makanan 😂 #rubik #nationalrecordholder #fyp #foryou #foryoupage #viral #rubic #cubic #rubric #cube #malaysiabookofrecords
Sumber: TikTok Hariz Azizan
