Hi, what are you looking for?

Sukan

[VIDEO] “Saya hormat kepadanya” – Jack Carlin tak sengaja menyebabkan Shah Firdaus kemalangan


Kecoh sebentar hari ini ketika acara keirin Olimpik Tokyo 2020 apabila pelumba negara, Shah Firdaus terjatuh susulan berlaku kemalangan di pertengahan saringan kedua sebentar tadi. Ketika kejadian, atlet kelahiran Johor tersebut dilihat bergesel dengan pelumba dari Great Britain, Jack Carlin sekali gus menyebabkan basikalnya gagal dikawal lalu tersungkur bersama pelumba dari Kazakhstan, Sergey Ponomaryov dan tidak dapat berlumba dalam perlumbaan ulangan kerana kesakitan.

Bagaimanapun, Shah Firdaus nekad untuk meneruskan perjuangan dengan beraksi dalam saingan repechage dalam keadaan kesakitan meskipun pada awalnya pegawai perubatan ISN tidak membenarkan beliau untuk beraksi susulan kecederaan yang dialami olehnya. Berbekalkan semangat dan kebanggaan membawa nama Malaysia, dia akhirnya mengesahkan tempat ke suku akhir pada esok selepas mendapat kedudukan kedua terbaik.

Jack Carlin akui tidak sengaja ‘siku’ Shah Firdaus

Dalam pada itu, Jack Carlin ketika ditemuramah oleh wartawan Astro Arena mengakui tiada niat langsung untuk mengasari mana-mana pesaingnya. Sebelum nahas berlaku, pemenang pingat gangsa acara pecut individu itu sebaliknya menjelaskan ketika itu setiap pelumba berusaha menjaga kedudukan masing-masing. Namun, nasib tidak menyebelahi Shah Firdaus apabila terkena sikunya. Sambil menyatakan rasa hormat terhadapnya, Jack Carlin berharap agar Shah dapat pulih daripada kecederaan itu dan kembali beraksi di velodrom.

“Perkara itu berpunca daripada G-Force” – Dato’ Azizulhasni Awang

Pelumba negara, Dato’ Azizulhasni Awang berkata, perkara itu berpunca daripada G-Force kerana kelajuan tinggi pelumba semasa di dalam trek dan membuatkan pelumba hilang kawalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibat daya G-Force, Shah telah hilang kawalan lalu terjatuh sebelum pelumba dari Kazakhstan turut terjatuh selepas melanggarnya, tetapi Jack Carlin berjaya mengimbangi posisi kayuhannya.

Shah Firdaus kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kesakitan di bahagian tulang rusuk.

Berhenti menyerang peribadi, kami professional

Susulan Shah Firdaus kemalangan, netizen telah menyerang akaun twitter dan instagram peribadi Jack Carlin untuk menyatakan tidak kepuasan hati mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan ini bertentangan dengan semangat kesukanan, dan mendapat perhatian dari pelumba negara, Fadhil Zonis yang menyatakan kekecewaannya atas tindakan netizen yang bertindak dengan menyerang peribadi Jack Carlin.

Dalam pada itu, Dato’ Azizulhasni Awang turut meninggalkan pesanan, “Elakkan daripada take it personally. Kita sebagai pelumba pun try to keep it professional walaupun jatuh apa semua, kita shakehand and that’s it“.

Originally tweeted by harley (@me_eazyy) on August 7, 2021

Ayuh Malaysiaku!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Apa Sindrom Orang Kaku Yang Dihidapi Ce Dion? Kebiasaannya, kita sering mendengar penyakit atau sindrom str yang dikenali sebagai angin ahmar yang dialami...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications