Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

[VIDEO] Saya tak sakit mental – Fatiya Latiff


PETALING JAYA – PELAKON sensasi, Fatiya Latiff menafikan dirinya menghidap penyakit mental seperti yang didakwa ramai selepas  mencetuskan provokasi terhadap pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan netizen dalam sebuah video, Fatiya, 36, berkata, dia alan ditempatkan di wad psikiatri sekiranya mempunyai masalah mental.

“Saya tidak mental. Kalau sakit mental, saya sepatutnya sudah berada di Hospital Tanjung Rambutan, Perak tetapi saya masih di sini.

“Saya tidak sakit,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Fatiya atau nama penuhnya Nur Fatiya Abdul Latiff itu berpendapat dirinya bukanlah artis kurang popular atau sendu seperti yang didakwa segelintir individu.

“Kalau saya sendu, saya tidak akan jadi viral.

“Lihatlah jumlah penonton video saya. Kenapalah anda semua buat begini kepada kaum sejenis.

“Betullah bapa saya cakap, orang Melayu memang suka dengki,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak beberapa hari lalu, nama Fatiya meledak dalam media sosial apabila dia mula mencetuskan provokasi dengan menggelar Zahirah sebagai bibik atau pembantu rumah.

Selain panggilan bibik, Fatiya turut mengundang kemarahan ramai apabila memuat naik fotonya bersama Aiman dan mendakwa bekas kekasihnya itu masih mencintai dirinya.

Bukan sahaja dengan Zahirah dan Aiman, Fatiya turut berbalas kenyataan dan mula membuka aib bekas rakan baiknya, Zarina Anjoulie dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement