Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

[VIDEO] Sedapnya suara suami Neelofa mengaji


PETALING JAYA – “Masya-Allah, sedapnya suara.”

Demikian antara komen pengguna laman sosial yang terkesima menonton video bacaan ayat al-Quran dimuat naik pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, 29.

Menerusi video itu, PU Riz membaca potongan Surah al-Anbiya ayat 89 hingga 90 beserta maksudnya.

Menurutnya, bacaan itu sebagai peringatan buat semua sementelah membaca al-Quran juga perlu datang dengan tanggungjawab mengetahui maksud ayat dilaungkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Membaca al-Quran satu cara yang boleh menenangkan jiwa. Apabila membacanya,  boleh menjadi penawar kepada setiap hati yang sedang mengalami kesedihan, keresahan mahupun kekecewaan.

“Namun, itu bukanlah bermaksud seseorang hanya perlu membacanya apabila dia dilanda keresahan sahaja, tetapi perlu dibaca sepanjang masa. Malah, bacaan itu juga hendaklah difahami.

“Disebabkan itu, ulama sering menyebut bahawa satu cara untuk memahami al-Quran adalah dengan membaca beserta maksudnya agar dapat memahami makna yang disampaikan.

“Ada juga bertanya, bagaimana kalau hanya membaca tanpa memahami maknanya? Adakah tetap diberi ganjaran pahala?

“Dalam perkara ini, kita perlu faham bahawa ganjaran pahala diberikan ke atas bacaan dan huruf yang kita baca,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai komen yang memuji kelunakan suaranya, PU Riz yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa berkata, itu adalah anugerah Allah selain turut belajar dari segi alunan bacaan al-Quran.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Semoga perkongsian saya itu memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.

“Diharapkan perkongsian ringkas sebegini membuka satu lagi lembaran baharu yang positif dalam diri kita semua di tahun baharu ini,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi hantaran lain, PU Riz turut berkongsi bacaan daripada Surah an-Nasr ayat 1 hingga 3. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement