Hi, what are you looking for?

Mamak News

[VIDEO] Selepas 16 Tahun, Penyu Akhirnya Mendarat Di Pantai Batu Burok


Selepas sekian lama, persisiran Pantai Batu Burok di sini kembali menjadi tempat penyu bertelur dipercayai apabila kurangnya kehadiran manusia di kawasan itu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Pendaratan penyu tersebut ke Pantai Batu Burok di sini, malam kelmarin ‘memberi mesej’ bahawa haiwan itu bersedia untuk bertelur di sepanjang 244 kilometer jajaran pantai dari Kemaman ke Besut selain pantai di pulau-pulau peranginan yang sering menjadi lokasi pilihan popular sebelum ini.

Jabatan Perikanan Terengganu mengesahkan pendaratan semula penyu dari spesies agar yang bertelur di pantai itu dengan penemuan 49 biji telur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan jumlah telur yang dihasilkan dan saiz trek, penyu itu dianggarkan berusia 15 hingga 18 tahun. Berita gembira tentang penyu ini telah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia yang menunggu selama 16 tahun.

VIDEO PENYU MENDARAT TULAR DI TWITTER

Dalam perkongsian @ashraffarhsadi akaun Twitter miliknya, dia telah memuat naik satu video rakamannya yang menunjukkan penyu jenis Agar itu mendarat di Pantai Batu Burok berhampiran Hotel Primula semalam.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Uzair Rusli pula berkata, penyu amat sensitif dan berhati-hati dalam memilih lokasi pendaratan untuk bertelur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pembangunan pesat dan lokasi Pantai Batu Burok yang berdekatan bandar menyebabkan lokasi ini tidak begitu popular bagi pendaratan penyu sebelum ini.

“Sebenarnya, penyu yang mahu bertelur akan mula mencari pantai seawal 3 petang lagi. Jadi gangguan di pantai waktu petang akan menjejaskan pendaratan penyu pada awal malam. Kehadirannya malam tadi mungkin kerana aktiviti orang awam berkurangan dan tiada gangguan kepada penyu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk fakta, Pantai Batu Burok yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar pernah menjadi salah satu daripada 7 lokasi popular pendaratan penyu belimbing di dunia.

Bagaimanapun, sejak dua dekad lalu, lokasi yang menjadi tarikan pelancong itu mula ‘dilupakan’ oleh beberapa spesies penyu sebagai tempat untuk naik bertelur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak mengganggu proses naik dan turun penyu ke laut. Perbuatan ini boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Penyu 1951 (pindaan 1987) yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sayangilah pantai kita, sayangilah juga penyu-penyu kita!

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. ‘Panda Walker‘ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah Seorang Panda Walker...

Mamak News

0 NEW YORK, 31 Jan (Bernama) — Dunia sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine yang terbunuh dalam insiden runtuhan...

Mamak News

78s Jadi Tuan Rumah, Arab Saudi Dilapor Bina Resort Ski Di Padang Pasir Arab Saudi dilapor akan membina sebuah pusat sukan musim sejuk terkemuka...

Mamak News

81s “Artis Pun Orang Biasa Juga,” Sabri Yunus Akui Minat Bundle Dari Tahun 1970-an Dalam hidup ini, manusia sentiasa mempunyai pilihan dalam setiap urusan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications