Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

[VIDEO] Siti Nurhaliza dapat ‘standing ovation’ 60,000 penonton konsert A.R Rahman


KUALA LUMPUR – Puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memukau hampir 60,000 orang penonton ketika menyanyikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa pada konsert A. R Rahman  – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin membuatkan rata-rata audiens memberikan tepukan berdiri (standing ovation) usai menyanyikan lagu ciptaan pemuzik legenda A. R Rahman itu.

Satu stadium bergema dengan sorakan dan tepukan gemuruh sebelum, ketika dan selepas penyanyi nombor satu air tanah air itu mendendangkan lagu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang penonton berbangsa India bernama Prema yang duduk di bangku penonton memuji lontaran vokal, sebutan dan penghayatan emosi Siti yang disifatkan sungguh cemerlang.

“Siti berjaya membuatkan satu stadium menjerit namanya. Dia menyampaikan lagu klasik ciptaan A.R Rahman bertajuk Munbe Vaa setanding penyanyi asal.

“Nyanyian bersama dengan Haricharan dengan bimbingan muzik A.R Rahman juga cukup cemerlang. Saya sebagai rakyat Malaysia berasa sangat bangga,” katanya kepada Kosmo! Online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Persembahan mega anjuran DMY Creation Sdn. Bhd. yang turut menampilkan ramai bintang handalan industri muzik India lain itu menjadi konsert berlangsung di tanah air dengan jumlah penonton terbesar di stadium ikonik tersebut pasca pandemik Covid-19 setakat ini.

Pengasas dan pengerusi DMY Creation Sdn. Bhd, Datuk Mohamed Yusoff berkata, konsert tersebut berlangsung hebat sesuai dengan status A.R Rahman sebagai legenda muzik India.

“Kami sangat berbangga menjadi penganjur konsert sebesar ini. Dengan sokongan rakyat Malaysia, konsert ini telah menjadi tunjang kepada pertumbungan sektor pelancongan negara dan industri hiburan tanah air,” kata Mohamed Yusoff.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konsert A. R Rahman  – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 mendapat sokongan hebat tidak berbelah bahagi daripada 14 negara termasuk Malaysia, India, Singapora, Dubai, Vietnam, Indonesia, United Kingdom, Thailand, Australia, Sri Lanka, Saudi Arabia dan beberapa negara lain lagi. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Datuk Siti Nurhaliza memuku 60,000 penonton di Stadium Bukit Jalil apabila menyanyikan lagu klasik Tamil ketika Konsert A.R Rahman sebentar tadi. #arrahman #bukitjalil #ctdk #secretofsuccess #arrahmanliveinkl ♬ Hasi Ban Gaye – Audrey Bella


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement