Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

(Video) Stesen Minyak Petronas Di Pendang Ini Dah Macam Pasar Raya, Siap Jual Barang Dapur & Ada Kafe


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak dinafikan, tujuan utama kita mengunjungi stesen minyak adalah untuk mengisi bahan api seperti petrol dan diesel. Jika perlu membeli barangan lain pun hanyalah sekadar air minuman dan makanan ringan untuk mengalas perut atau menambah nilai kad Touch ‘N’ Go.

Namun lain pula dengan satu stesen minyak Petronas di utara Malaysia apabila kedai Mesra miliknya menjual pelbagai baranngan yang sepatutnya dijual di pasaraya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Petronas Pendang paling unik di Malaysia”

Menerusi perkongsian daripada akaun Tiktok @Siti5874 atau nama sebenarnya Siti Nur binti Ahmad ini yang juga pemilik kepada stesen minyak Petronas Pendang, Kedah ini memaparkan bahagian dalaman kedai menjual pelbagai barang termasuklah keperluan dapur seperti rempah ratus, sayur-sayuran dan bermacam lagi.

Bukan itu sahaja, dalam kedai Mesra tersebut memiliki kafe untuk pelanggan turun merasai minuman berperisa yang menyiurkan.

Bagaimanapun, perkongsian wanita telah mendapat pujian warganet yang kagum dengan idea menarik usahawanita ini dalam mengendalikan perniagaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah ramai juga yang melahirkan keterujaan dan ingin singgah di stesen minyak tersebut untuk merasai sendiri pengalaman membeli barang dapur di sebuah stesen minyak. Malah, ada juga yang berpendapat ia memudahkan orang ramai yang kehabisan barang dapur sekiranya ingin memasak ketika lewat malam.

“Suka tengok orang melayu berjaya macam ni”

| Kampungmamakcom

“ni supermarket dah”

| Kampungmamakcom

| Kampungmamakcom

“Keunikan datang kerana kreativiti, berfikir keluar dari zon biasa…”

| Kampungmamakcom

“Macam pasar ya mudah urusan orang”

| Kampungmamakcom

@siti5874

Reply to @yayaaris87 ya sis..Petronas Pendang paling UNIK di Malaysia 🥰🥰 #fyp #fypシ #fypage #viral #tiktok #malaysia #petronas #petronastwintower

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Hero yang tak didendang – SxxfxL xzLxN

Sumber: Siti5874

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement