Hi, what are you looking for?

Tempatan

VIDEO: Tak Dapat Hadiri Konvo, Gelagat Gadis Terima Skrol Dari Abang Posmen Cuit Hati Ramai


Setiap pelajar institut pendidikan tinggi sama ada awam mahupun swasta pasti sudah menyimpan hasrat untuk mengambil skrol di atas pentas secara bersemuka. Memakai jubah konvo, berjumpa kawan-kawan sekelas dan bergambar bersama pasti menjadi impian setiap pelajar di hari graduasi.

Namun begitu, kehadiran wabak COVID-19 telah memberikan banyak kesan termasuklah majlis konvokesyen yang tak dapat diadakan. Selaras dengan SOP semasa, kini terdapat IPT yang sudah membuat majlis tersebut secara bersemuka dan ada yang memberikan pilihan kepada para pelajar untuk menerima ijazah melalui pos.

Tampil berkongsi pengalaman ‘menghadiri’ konvokesyen norma baharu, seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memuat naik sebuah video mencuit hati apabila mengambil skrol diploma miliknya daripada abang posmen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biarpun hanya menerima kiriman sijil melalui pos, tetapi usaha gadis comel ini yang siap berpakaian lengkap seperti ingin menghadiri konvokesyen yang sebenar perlu diberikan pujian.

Video yang dikongsikan di akaun TikTok yaaisnotalone ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik. Thumbs up untuk abang posmen yang sangat sporting melayan permintaan gadis ini ketika menyerahkan parcel berharga tersebut!

Thank you abang posmen sanggup tunggu saya bersiap nak turun untuk konvo!

@yaaisnotalone Thank you abang posmen, sanggup tunggu saya bersiap nak turun untuk convo 😂 #donegrad #uitmdihatiku #convocation #fyp ♬ uitmdihatiku – aing

Sumber: Tiktok @yaaisnotalone

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications