Hi, what are you looking for?

Tanah Runtuh Di Lebuhraya KL-Karak! Ratusan Kenderaan Terkandas

Mamak News

VIDEO: Tanah Runtuh Di Lebuhraya KL-Karak! Ratusan Kenderaan Terkandas


Kuala Lumpur: Pengguna jalan raya dan ratusan kenderaan yang melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terkandas selepas berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang di Kilometer 62.9 menghala ke Bentong.

Tanah Runtuh Di Lebuhraya KL-Karak! Ratusan Kenderaan Terkandas

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi mengesahkan insiden dan berkata, anggotanya sedang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Saya mengesahkan kejadian. Di kilometer yang dikongsikan pengguna di Facebook. Apa-apa perkembangan lanjut kita akan maklumkan nanti,” katanya kepada BH Online ketika dihubungi malam ini.

Sementara itu, pelakon dan pengacara, Fizo Omar yang berada di lokasi kejadian, turut berkongsi video puluhan kenderaan terkandas selepas laluan berkenaan terhalang disebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tanah runtuh di lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur. Semua kereta ‘stuck’ di sini. Mahu patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir, air sudah mula ‘cross’ jalan dan tak lepas untuk kenderaan.

“Sesiapa yang rancang untuk ke Kuala Lumpur melalui lebuh raya Karak ini, sila ‘KIV’ (tangguhkan) dulu. Memang tidak lepas,” katanya.

Sumber: BH Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications