Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar- Polis


Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar- Polis

Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar- Polis

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Polis mengesahkan kejadian culik yang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar, sebaliknya ia merupakan kes melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang pada 31 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima laporan pada 9.30 pagi berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan sebuah kedai dobi di Sepang Putra, pada Selasa lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata anggota dari Balai Sungai Pelek ke lokasi untuk membuat pemeriksaan namun pemandu kereta itu enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak melanggar motosikal polis yang diletakkan di tepi jalan dan memecut meninggalkan kawasan berkenaan.

“Polis telah menahan dua lelaki warga asing di depan sebuah hotel di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 1 tengah hari pada hari sama,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu direman 14 hari sehingga 18 Nov ini, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baru-baru ini, tular di aplikasi WhatsApp video memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu didakwa menculik murid sekolah dan kanak-kanak yang bermain di luar rumah di sekitar Sepang dan Negeri Sembilan.

BACA: Suami Isteri Gigih Hantar Sendiri Makanan Dijual, Jalin Keakraban Dengan Pelanggan

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar- Polis appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications