Disebabkan kes harian di Malaysia masih menunjukkan angka yang merisaukan, semestinya ramai yang berjaga-jaga sebab risau kalau dijangkiti wabak Covid-19 ini. Bukan itu saja, angka kematian yang kian meningkat sejak beberapa minggu ni membuatkan orang ramai makin risau.
Namun di sebalik kerisauan kita ni, masih ada juga orang ramai seakan tak kisah dengan arahan daripada kerajaan dengan tidak patuh SOP ketika di tempat awam.
Proses pemvaksinan secara Walk-in di PPV ini sesak! SOP terlihat gagal!
Baru-baru ini tular di sosial media, apabila video menunjukkan situasi di sebuah PPV yang terlampau sesak sehinggakan orang yang beratur untuk menerima vaksin ini mengabaikan Standard Operation Procedure (SOP).
Bukan itu saja, mereka juga dikatakan tidak menjaga penjarakan fizikal dan kawasan itu tiada pengawasan pihak polis pada mulanya.
Video berkenaan tular selepas keadaan tidak terkawal tersebut telah dirakam oleh sepasang suami isteri yang kebetulan lalu di situ dan mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Menangis dan merayu supaya kerajaan melakukan sesuatu kerana tak sanggup melihat ramai kehilangan ahli keluarga disebabkan wabak Covid-19
Menerusi IGTV yang dimuat naik oleh @bondaumirahtaib, dia dan suaminya mengambil tindakan untuk merakam situasi sebenar warga asing yang penuh di pusat vaksin itu dengan berharap agar semua membuka mata tentang mengapa angka kes positif tidak menurun di negara kita.
Malah, mereka juga merasa amat kecewa kerana tiada langsung pengawasan daripada pihak berkuasa untuk memantau SOP di tempat berkenaan pada mulanya.
Seperti mana yang kita tahu, bukan semua warga asing tahu berbahasa Melayu. Jadi, mereka juga memerlukan guide daripada pihak berkuasa supaya mengikut SOP yang ditetapkan.
Oleh kerana terlalu geram, bonda Umirah dan suaminya meminta mereka untuk lakukan penjarakan sosial. Mereka meminta bantuan pihak berkuasa yang berada diperkarangan PPV tersebut untuk bantu mengarahkan yang lain supaya balik kerana keadaan terlalu sesak, namun tidak diendahkan.
Lebih mengejutkan, situasi itu bukan saja terjadi di depan hotel berkenaan tapi turut berlaku di bahagian belakang bangunan tersebut. Kelihatan orang ramai beratur tanpa sebarang penjarakan sosial yang sepatutnya.





Pada malam tersebut, suami bonda Umirah yang juga merupakan salah seorang cikgu di Maths Clinic bertindak sekali lagi pergi ke PPV berkenaan bersama teamnya untuk membuat sesuatu
Sebagai tanda prihatin dan wakil kepada rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk bersuara, Sir Shakib telah mengambil keputusan untuk meletakkan 100 kon dan lekatkan tape dengan jarak 1.5M di kawasan PPV tersebut bersama anak buahnya.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Tindakan mereka itu ternyata dipuji ramai dan antara komen daripada netizen di Instagram:






TERIMA KASIH SIR DAN TEAM!
Kalau kita ingat balik, bukan pertama kali situasi macam ni berlaku. Sebelum ni, PPV KLCC juga pernah dibanjiri dengan ribuan warga asing. Difahamkan juga masa tu, mereka siap beratur sepanjang hampir 2km sampai ke tepi jalan semata-mata sebab nak terima suntikan vaksin.
Semoga orang ramai lepas ni lebih sedar betapa bahayanya virus ni sebenarnya.
