Vokalis Coldplay Pun Terjebak, Ucap “Tagline” ‘Pinjam Seratus’ Ketika “Perform”
Sebuah video yang memaparkan aksi vokalis Coldplay, Chris Martin berpantun di atas pentas ketika membuat persembahan di Jakarta tular di media sosial.
Video perkongsian muat naik itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman X yang dikenali sebagai @BolaBolaAja.
Menurut perkongsian tersebut, Chris yang sedang berpantun mengikut irama itu dilihat tersenyum sambil memetik gitar.
Apa yang lebih menarik, pantun Chris itu turut diselitkan dengan tagline popular ‘pinjam seratus’ seperti yang sering meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia.
“Pantun Chris Martin. Hari Selasa ujian fizikal, kalian belajar biar lulus, apa khabar kota Jakarta, bolehkah pinjam seratus?” kata Chris dalam video tersebut.
Momen ucapan Chris itu telah disambut dengan sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi Stadium Gelora Bung Karno.
Setiap ritma akhir pantun itu disorak dengan gemuruh oleh penonton yang teruja menyaksikan penyanyi itu di depan mata mereka.
Konsert jelajah Coldplay “Music of the Spheres” di Jakarta baru sahaja berlangsung.
Dalam persembahan tersebut, Coldplay dilaporkan telah mempersembahkan sebanyak 22 lagu kepada para peminatnya.
Antara lagu-lagu yang dipersembahkan Coldplay adalah Higher Power, Adventure Of a Lifetime, Paradise, The Scientist dan banyaj lagi.
Konsert Coldplay di Jakarta adalah merupakan penampilan pertama kumpulan Inggeris itu di Indonesia sejak ia ditubuhkan pada 1997.
Selain Indonesia, Coldplay juga bakal mengadakan persembahan konsert jelajah mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Pantun Om Chris Martin :
"hari selasa ujian fisika, kalian belajar biar lulus, apakabar kota jakarta, bolehkah pinjam seratus"
Keren bangett
Senayan #ColdplayJakarta Viva La Vida
pic.twitter.com/GIVeRrV0f5— YBBA (@BolaBolaAja) November 15, 2023
Sumber: X/@BolaBolaAja, iNews
The post Vokalis Coldplay Pun Terjebak, Ucap “Tagline” ‘Pinjam Seratus’ Ketika “Perform” appeared first on Siakap Keli.
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
