Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Wajah Tenang Rakyat Malaysia Malam Terakhir Sebelum Terima Hukuman Gantung Di Singapura


Berapa ramai di antara kita yang sentiasa mengingati mati dan benar-benar bersedia untuk menghadapi kematian? Sempatkah kita untuk menginsafi diri dan bertaubat di atas kesalahan serta dosa-dosa yang lalu sebelum dijemput oleh-Nya?

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 185:

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Telah dikongsikan di media sosial sebuah kisah menyayat hati mengenai seorang rakyat Malaysia yang begitu tenang menjalani hukuman gantung sampai mati di Singapura baru-baru ini.

Perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid melalui hantaran di Facebooknya ini diharapkan dapat memberikan sedikit keinsafan sesama kita agar tidak cepat menghukum serta menyedari hakikat persediaan untuk menghadapi kematian yang berbeza-beza bagi setiap manusia.

| Kampungmamakcom Hukuman Gantung Singapura

#KisahOrangMati

Advertisement. Scroll to continue reading.

RAKYAT MALAYSIA MATI DI TALI GANTUNG MAHKAMAH SINGAPURA 🧑‍⚖️💀⚰️

**Lihat gambar terakhir arwah yang tersenyum tenang memeluk Al-Quran di malam terakhir sebelum dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati. 😢

| Kampungmamakcom Hukuman Gantung Singapura

“Pada 02 Ogos lepas, SPJM diberikan amanah untuk menguruskan jenazah seorang rakyat Malaysia yang mati digantung di Penjara Changi, Singapura atas kesalahannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Umum sudah pun mengetahui yang kerajaan Singapura merupakan di antara negara pelaksana undang-undang yang tegas atas setiap kesalahan tanpa mengira siapakah individu tersebut.

Bagi arwah yang ditakdirkan mati di tali gantung setelah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun di sana, itulah bahagian akhir hidupnya yang telah ditetapkan Allah SWT.

Atas hasrat ahli keluarganya, jenazah arwah disempurnakan di Masjid As-Shakirin, Singapura sebelum dibawa ke kampung halamannya di Ulu Tiram, Johor untuk disemadikan buat selamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila menyentuh tentang cara kematian seseorang maka hendaklah kita sentiasa bersangka baik dengannya. Kesalahannya telah pun dihukum atas dunia dan boleh jadi di akhirat kelak Allah berikan rahmat dan ampunkan segala dosanya.

Sebahagian daripada kita sering memandang hina dan berkata keji kepada seseorang yang mati dalam keadaan mengaibkan. Seolah diri mereka yang mengeji itu suci daripada segala dosa dan nista.

Sikap suka ‘menerakakan’ orang tak bawa untung! Lebih baik doakan, Allah Maha Pengampun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Allah SWT sahaja yang berhak dan berkuasa dalam menentukan seseorang sama ada ke Syurga atau ke Neraka.

Me’neraka’kan seseorang yang telah meninggal dunia adalah menyalahi syariat. Apa yang menjadi ketetapan dalam syariat Allah SWT bahawa jika melakukan perkara yang disuruh membawa kepada pahala dan jika sebaliknya mengakibatkan dosa.

Penilaian seseorang ke Syurga bukanlah dilihat kepada siapa yang tidak mempunyai dosa tetapi dilihat kepada pahala yang melebihi dosanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kita perlu ingat bahawa di akhirat kelak, Allah akan menimbang dengan adil semua kebaikan dan kejahatan seperti mana yang dinyatakan dalam Surah al-Zalzalah;

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catatan amalnya), dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catatan amalnya)!”

[Surah al-Zalzalah, ayat 7-8]

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hadis al-Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan tentang seorang pelacur yang besar dosanya di sisi Allah SWT, tetapi dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab kebaikannya memberi minum anjing kehausan yang hampir mati. Betapa luasnya rahmat Allah SWT kepada hamba-Nya.

Secara umumnya, semua memahami yang pahala boleh membawa ke syurga dan dosa membawa ke neraka. Adapun kedudukan si pelaku dosa atau pahala, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Dia yang mengetahui hakikat kehidupan hamba-Nya secara zahir dan batin. Maka jangan kita mudah menghukum seseorang akan dosa dan pahalanya kerana hal tersebut di luar kudrat penilaian manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai seorang Muslim, selayaknya kita menegur dengan berhikmah perbuatan dosa seseorang bahkan tidak sepatutnya menghukum dan me’neraka’kan pembuat maksiat.

Mungkin di mata kita jelas kelihatan dia melanggar batasan hukum Allah SWT dan undang-undang dunia, tetapi di sisi Allah mungkin ada kebaikan yang tersembunyi daripada pengetahuan umum yang dilakukan dan hanya Allah SWT sahaja tahu tentangnya.

Dalam Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, seorang sahabat bernama Yasar al-Habsyi yang memeluk Islam semasa perang Khaibar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau terus menyertai peperangan tersebut lalu syahid tanpa sempat menunaikan solat walau dua rakaat pun. Selepas Rasulullah s.a.w. menziarahinya, Baginda s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya saudara kamu telah memeluk Islam dalam keadaan baik. Ketika aku menziarahi jenazahnya, aku mendapati beliau dikurniakan dua bidadari dari Syurga” [Sunan al-Kubra, 18469].

Allahuakbar!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hadis di atas menunjukkan bahawa pengakhiran seseorang hamba itu penentu sama ada ke syurga atau ke neraka. Kalau pada penilaian manusia, masa kufurnya yang lebih lama selayaknya dia di neraka.

Tetapi, penilaian dan keadilan Allah SWT yang lebih luas terhadap hamba-Nya sehingga meletakkan sahabat ini di Syurga bersama bidadari.

Akhir sekali, tugas kita berdoalah kepada Allah SWT agar dosanya diampunkan selagi mana tidak mensyirikkan Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Luas Rahmat-Nya dan Maha Pengampun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ucapkanlah perkataan yang baik-baik ketika menerima khabar kematian seseorang kerana ketika itu malaikat akan mengaminkan setiap kata-kata kita.

Begitu jugalah harapan kita kelak kepada manusia yang hidup saat kematian mendatangi diri kita. Hanya doa dan penyaksian yang baik sahaja yang diharapkan kita nanti di sana.

Wallahualam.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESSIONAL ANTARABANGSA

Ustaz Rafie Zainal – Undertaker
Pengerusi Eksekutif,
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia – SPJM
Majlis Usrah Nur Fattah
Khairat MyKasih

***

Advertisement. Scroll to continue reading.

BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU UMMAH
Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun rasmi pertubuhan:-
*PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA* (PPM-026-14-24012018)
CIMB: 8603-48-9285
BSN: 1410-0410-0030-6186
BANK ISLAM: 142-100-100-2555-4
www.spjm.my

BACA: 8 Fakta Kes Lelaki OKU Malaysia Dihukum Gantung Di Singapura

Sumber: Facebook Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Sukan

3s PEMAIN golf negara, Gavin Kyle Green mahu menjadikan Kejohanan Golf Terbuka Malaysia yang membuka tirainya semalam sebagai medan persiapan terbaik sebelum ke Sukan...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara boleh dianggap mendapat laluan selesa apabila diundi bertemu Singapura pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ratu terjun negara, Datuk Panela Rinong berhubung kemelut dalaman yang...

Advertisement