Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wajarkah Kongsi Masalah Dan Buka Aib Sendiri Untuk Tontonan Ramai?


Islam sangat menitikberatkan soal maruah dan kehormatan seseorang demi keharmonian hidup bermasyarakat.

Dari segi penjagaan aurat sehinggalah batas-batas pergaulan, Islam sebagai agama yang lengkap dan satu-satunya jalan yang benar sentiasa mengajak orang ramai agar menjaga aib dan kehormatan diri sendiri serta keluarga.

Terdapat sedikit kerisauan di kalangan masyarakat hari ini apabila didapati wujudnya program dakwah yang terlampau berani membincangkan masalah perkahwinan dan hubungan kekeluargaan secara terbuka tanpa batasan untuk dibincangkan dan dipertontonkan kepada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini disuarakan oleh Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian di Facebooknya ياسمين حناني محمد سفيان melalui hantarannya berikut:

Kongsi Masalah Buka Aib

Salah kah mengaku kesilapan diri secara terbuka?

Isteri mengaku bercinta dengan lelaki lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anak mengaku derhaka pada ibu bapa.

Suami mengaku terlanjur beberapa kali.

Salahkan membuat pengakuan untuk dijadikan pengajaran?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika saya di UK dulu, ada satu rancangan TV tabloid yang memaparkan isu-isu sosial; The Jeremy Kyle Show yang memaparkan skandal rumah tangga, pengakuan isteri hamil anak lelaki lain, anak curi duit bapa, dipaparkan keputusan ujian DNA, keputusan lying detector test.

Rancangan ini mempunyai penonton tegar tersendiri namun dikritik hebat kerana memaparkan institusi rumahtangga yang hancur lebur yang tidak boleh menjadi contoh kepada generasi muda.

Hos rancangan ini, Jeremy Kyle akan memberikan soalan provokasi kepada tetamu untuk menyelesaikan masalah seperti hubungan suami isteri, seks dan ketagihan. Siri ini mendapat kritikan hebat apabila tetamu yang bermasalah di provok, sebagai contoh, isteri yang ada skandal akan dipertemukan dengan suami dan kekasih gelapnya secara berdepan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 2019, siri ini dihentikan siarannya apabila salah seorang tetamu rancangan ini mati dikatakan membunuh diri. Dalam rakaman siri tersebut, tetamu Jeremy Kyle telah gagal ujian pengesanan bohong untuk menentukan sama ada dia curang terhadap tunangnya. Lelaki tersebut Steve Dymond ditemui mati beberapa hari selepas rakaman rancangan itu akibat dadah berlebihan dan masalah jantung.

Salahkan berkongsi masalah?

Berkongsi masalah adalah salah satu cara manusia menenangkan diri namun anda harus bijak memilih kumpulan yang tepat untuk berkongsi masalah. Berkongsi masalah dengan kumpulan yang fasiq dan bukan ahlinya hanya menambahkan lagi beban anda. Apatah lagi jika masalah anda dikongsi secara terbuka tanpa batasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berkongsi masalah secara terbuka membuka ruang orang awam mengkritik anda dari pelbagai sudut. Anda mungkin akan menerima sokongan yang anda harapkan, namun dalam masa yang sama anda akan dikecam bertubi-tubi dari segala arah.

Trend berkongsi masalah secara terbuka ini juga mula meresap di negara kita, perkongsian masalah peribadi yang pada asalnya hanya dalam lingkungan tertentu telah dikongsikan secara terbuka di media sosial sebagai salah satu cara marketing ‘dakwah’ cara moden. Rancangan dakwah yang bertujuan mempromosi cara hidup Islam dilihat agak tersasar dari tujuan asal.

Aib perlu ditutup, dikongsi hanya pada mereka yang selayaknya dan bukan untuk disebarkan apatah lagi dijadikan alat marketing program dakwah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menyelesaikan masalah perkahwinan dengan perlantikan hakam dengan cara yang terhormat dan beradab, dan bukan untuk disensasikan.

وإن خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكمًا من أهله وحكمًا من أهلها

Sumber: Facebook ياسمين حناني محمد سفيان

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Didakwa Muat Naik Komen Aib, Sukarelawan Polis Ditahan Seorang wanita yang juga merupakan sukarelawan polis ditahan semalam di Mersing selepas didakwa memuat naik...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Mamak News

0 MUAR – Penduduk yang mendiami kejiranan di Jalan Kebun Sayur dekat kawasan perindustrian Bukit Naning di sini mengambil keputusan untuk menampal sendiri jalan...

Lifestyle

0 Sebahagian jalan raya di Sabah disamakan macam permukaan bulan Macam Permukaan Bulan, Keadaan Terkini Sebahagian Jalan Raya Di Sabah Curi Tumpuan Ramai. Baru-baru...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications