Hi, what are you looking for?

Mamak News

Waktu menunggu pembedahan di IJN berjaya dipendekkan


KUALA NERUS – Kewujudan banyak hospital pakar telah membantu Institut Jantung Negara (IJN) mengurangkan waktu menunggu bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan pembedahan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi berkata, masalah waktu menunggu yang lama di IJN sebenarnya cuma persepsi lama yang perlu dihakis.

Beliau berkata, secara purata, IJN menerima 45 kes pesakit baharu setiap hari berbanding kapasiti maksimumnya 70 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Secara realitinya data menunjukkan masih terdapat 40 peratus kekosongan bagi rujukan kes baharu di IJN.

“Begitupun, bagi kes pembedahan tidak dinafikan (kekosongan) masih bergantung kepada tahap penyakit,” katanya selepas meninjau Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) di sini hari ini.

Akmal Arief berkata, masa menunggu bagi kes biasa melibatkan pesakit kanak-kanak ialah satu dan dua minggu manakala antara enam dan tujuh bulan untuk kes rumit iaitu pernah dibedah ketika bayi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas beliau, senario pesakit dewasa agak berbeza kerana 90 peratus menghidap masalah seperti diabetis dan kolestrol kerana banyak aspek perlu dikawal.

“Waktu menunggu bagi pesakit dewasa adalah 12 minggu. Begitupun jika melibatkan kecemasan yang memerlukan pembedahan segera, keutamaan akan diberi secepat mungkin,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Setia Fontaines Bertam bakal berubah wajah apabila memasuki fasa terakhir persiapan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan...

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications