Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Walaupun Menutup Aurat, Fesyen Muslimah Untuk Umrah Dan Haji Perlu Lebih Sesuai


Tidak dinafikan trend pakaian dan fesyen Muslimah moden telah berkembang maju dan cantik-cantik belaka pada hari ini.

Namun, pakaian yang menutup aurat ini masih juga perlu mengikut kesesuaian terutama sekali ketika menunaikan ibadat di surau atau masjid agar tidak terlalu mengganggu penglihatan orang lain.

Seperti pengalaman yang dikongsikan oleh seorang penulis travelog di Mekah, Masnira Ramli di Facebooknya ini yang menyentuh mengenai adab pemakaian Muslimah yang sesuai untuk renungan bersama:

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Fesyen Muslimah

Datang umrah dah boleh pakai jubah berwarna kah?

Kalau ikutkan dari dahulu, tiada masalah untuk jemaah umrah/haji wanita untuk pakai jubah berwarna selain dari warna hitam.

Kini, sejak visa pelancong diperkenalkan, etika berpakaian semakin longgar untuk jemaah dan pelancong. Dari segi undang-undang, tidak salah memakai jubah berwarna atau pakaian lain selain dari jubah asalkan sopan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cuma saya suka sentuh dari segi budaya. Amatlah tidak sesuai memakai jubah yang berwarna terang dan design yang sarat sehingga membuatkan banyak mata memandang atau tertarik. Terutama apabila datang umrah.

Solat di dalam masjid dengan jubah yang berwarna terang, design yang terlalu cantik juga boleh membuatkan jemaah lain terganggu ibadahnya, apatah lagi orang berlainan jantina. Menarik banyak mata untuk memandang.

Kita ulangkaji bab adab-adab wanita untuk ke masjid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

* Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan.

* Tidak bersolek dan memakai bau-bauan.

* Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami, atau kawan-kawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, jika bertanya pendapat saya untuk ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi, lebih baik memilih pakai yang menutup aurat dengan sempurna, tidak berwarna terang, design yang simple dan tidak sarat serta kurang hiasannya. Begitulah. Pesanan ini untuk diri saya sendiri juga.

Saya teringat ada suatu masa saya sedang solat tarawih di masjid berdekatan rumah, ada seorang wanita menegur saya dengan baik sambil menunjukkan sulaman corak di pergelangan abaya yang saya pakai. Katanya abaya itu tidak sesuai dipakai untuk ke masjid. Lebih baik pakai yang kurang atau tiada langsung hiasannya. Sejak itu baru saya perasan wanita tempatan memakai abaya kosong sahaja untuk ke masjid hatta ketika solat Hari Raya.

——

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa orang netizen yang lain turut berkongsi pendapat mereka di ruangan komen:

“Setuju sangat..kita ke sana nak beribadah semata-mata kerana Allah bukan untuk memperagakan diri dengan jubah yang berwarna-warni dan bersulam tebal. Lagipun masyarakat Arab pakaian mereka kebanyakannya hitam atau warna gelap maka kita pun sepatutnya ikut la budaya mereka supaya kita tak dipandang pelik atau menarik perhatian orang. Wallahualam.” – Che Ilah

“Ya betul Eira. Aunty pun dulu pernah kena tegur dengan makcik Arab waktu pergi solat terawih di masjid dekat dengan rumah di Shawqiya, Mekah dulu. Ada sedikit corak bunga warna putih… tak sesuai katanya. Dia suruh pakai kullu aswad (semua hitam)😅” – Zai Ruzainun

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya jumpa musim haji jemaah Indonesia pakai macam pengantin.. dengan saya-saya terganggu🙊” – Balkis Mohamed

BACA: Inai Celup Tak Sah Bawa Solat, Ustazah Asma’ Harun Beri Pencerahan

Sumber: Facebook Masnira Ramli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s BIARPUN menjadi mangsa kecaman ramai selepas berkahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertama, pengikut Instagram pempengaruh, Marissa Dania Hakim naik mendadak. Berdasarkan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sentiasa teng perkongsian tentang umrah.” Itu antara tip yang dikongsi pelakon Aprena Manrose agar doa dan impian setiap umat Islam...

Advertisement