Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Wanita Dedah Tak Pernah Datang Haid, Hidup Tanpa Rahim


Wanita tidak pernah datang haid dan mempunyai dua kelamin

Wanita Dedah Tak Pernah Datang Haid, Hidup Tanpa Rahim. Seorang wanita mendedahkan bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang wanita tanpa rahim dan mempunyai dua kemaluan.

Memetik laporan, wanita tersebut menyatakan bahawa kejadian berlaku apabila ibunya menyedari dia mempunyai dua kelamin sejak kecil lagi atau ketika dia berusia 3 minggu.

“Ketika saya berumur kira-kira 3 minggu, saya mengalami hernia dan ibu saya membawa saya ke hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Wanita Dedah Tak Pernah Datang Haid, Hidup Tanpa Rahim
Sumber <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpsohbulancomwanita dedah tak pernah datang haid hidup tanpa rahim secara biologi adalah lelaki>ob<a>

“Mereka memeriksanya dan menyedari ia bukan hernia. Ia adalah testis dalaman,” ujarnya menerusi sumber.

Dalam pada itu, dipercayai ketika dirinya berusia 11 bulan, wanita tersebut menjalani pembedahan untuk membuang buah zakar yang tidak berkembang sepenuhnya menjadi alat kelamin lelaki mahupun organ pembiakan wanita.

Susulan perkata itu, difahamkan kerana dia tidak mempunyai rahim, iaitu tiub fallopio dan ovari, menurut sumber.

Mula bertanya kepada ibunya kenapa kawannya datang haid, tapi dirinya tidak

Bagaimanapun, pada dirinya berusia 11 tahun, kawannya memaklumkan kepadanya bahawa dia telah datang haid untuk pertama kali. Namun, berbeza dengan dirinya yang tidak mempunyai rahim dan ovari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya pulang ke rumah dan bertanya kepada ibu saya. Dia berkata baiklah, mari kita ke ruang makan, kita akan berbual.

“Ibu kata saya tidak akan datang haid, tidak akan mempunyai ovari, tidak akan mempunyai rahim, tidak akan dapat anak. Dengan keadaan ini, awak secara biologi adalah lelaki.

Wanita Dedah Tak Pernah Datang Haid, Hidup Tanpa Rahim
Gambar hiasan Sumber <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpsohbulancomwanita dedah tak pernah datang haid hidup tanpa rahim secara biologi adalah lelaki>ob<a>

“Saya sangat takut jika tiada siapa yang akan mencintai saya,” tambahnya lagi dengan rasa takut tiada siapa yang akan sayangi dirinya.

Kini dia sudah tidak malu untuk dedahkan identitinya

Sementara itu, wanita tersebut kini sudah berusia 27 tahun menyatakan bahawa dia semakin memahami keadaan atau situasi tersebut. Malah, dia berkata, dia tidak malu untuk mendedahkan identitinya kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, dia turut memaklumkan agar dia dapat memberi semangat kepada kanak-kanak yang mengalami keadaan yang sama sepertinya supaya untuk terus kuat dan tidak malu.

Baca juga artikel yang terkini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications