Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wanita hamil dicerai suami kerana tidak mahu bayi perempuan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BEIJING – Seorang wanita di China diceraikan suaminya kerana hamil anak kelima yang dikhuatiri merupakan bayi perempuan, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Hu, 25, sebelum ini telah melahirkan empat anak perempuan justeru, suaminya mahu menceraikannya kerana khuatir anak kelima mereka akan berjantina serupa.

Keluarga lelaki itu mempunyai kefahaman bahawa seorang wanita harus melahirkan anak lelaki untuk meneruskan keturunan. Jika tidak, mereka akan dianggap tidak berbakti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia mahu berkahwin semula dan mendapat anak lelaki dengan perempuan lain,” jelas Hu.

Akhirnya, Hu terpaksa bersetuju dengan perceraian itu. Empat anaknya masih akan tinggal bersamanya dan suaminya akan memberinya 1,000 yuan (RM639) setiap bulan.

Hu bagaimanapun tidak akan menggugurkan kandungannya dan biarpun sangat sedih serta kecewa dengan keputusan suaminya, dia tidak mampu berbuat apa-apa. – Agensi 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Bernama) — Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Ketua Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic ‘menegur’ pengendali Kanada, John Herdman agar dapat mempelajari sesuatu selepas pasukan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa bekalan telur...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Spekulasi hubungan Datuk A. Aida dengan pelakon, Wak Doy seakan terjawab apabila penerbit sensasi itu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications