Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wanita hidap ‘Vaginismus’ takut bersama suami selama enam tahun


PETALING JAYA – Memiliki anak selepas berkahwin adalah impian bagi setiap pasangan kerana dengan kehadiran mereka pastinya mewarnai hubungan dan mengeratkan lagi ikatan suami isteri.

Namun realitinya bukan semua wanita mampu untuk hamil sebaik melangkah ke alam rumah tangga disebabkan pelbagai faktor kesihatan.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pakar wanita, Dr. Aishah Yunos di media sosial, mendedahkan kisah seorang pesakitnya yang telah enam tahun berkahwin tetapi tidak pernah bersama dengan suaminya disebabkan wanita itu merasa tidak selesa dan perit ketika ingin melakukan hubungan kelamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Aishah, pesakitnya menghidap masalah ‘Vaginismus’ di mana ia terjadi apabila ketakutan membuat aktiviti tersebut menjadikan otot di sekitar ‘Miss V’ menjadi ketat dan tubuh wanita akan mudah berasa kejang dan panas.

Dalam pada itu, video tersebut turut memperlihatkan keadaan pesakitnya yang berasa sebak dan sedih apabila rawatan yang dilakukan berjaya memulihkan keadaan diirnya.

Jelas Aishah, dia meminta pesakitnya untuk tidak menyesal dengan tindakannya bersama pasangan sebelum ini, dan berharap agar mereka mampu menjalinkan hubungan suami isteri yang lebih baik pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seronok kan, sekurang-kurangnya penantian selama enam tahun sebelum ini akan beri hasil yang baik nanti, dah tak perlu menangis dan nanti boleh cuba.

“Apa-apa yang berlaku dulu, biar sahaja dan teruskan untuk tahun akan datang, jadi enam tahun lepas jangan menyesal, Allah ada perancangan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya selama lapan bulan berkahwin tak pernah dapat nafkah batin sebab suami ada masalah batin, lepas dapatkan rawatan, baru sihat dan sekarang berharap untuk dapat anak, doakan,” kata Mairaa.

“Ini lah bentuk ujian Allah, bukan semua pasangan suami isteri mampu tunggu lama sampai enam tahun, moga pasangan ini diberikan rezeki anak,” kata Bang Mat.

“Sama dengan situasi saya, tiga tahun alami penyakit ini, Allah kuatkan semangat saya dan saya dapat atasinya dengan baik dan sekarang dah mengandung, syukur dapat suami yang memahami,” kata @aaghczaa. – K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications