Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wanita hon, menjerit di balai bomba kerana seekor ular


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Seorang wanita membunyikan hon dan menjerit di kawasan bomba setelah melihat seekor ular keluar dari hadapan keretanya ketika memandu.

Menurut video yang dimuat naik oleh salah seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, @zackzaini82, wanita itu ingin mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan ular jenis sawa batik itu daripada bonet hadapan keretanya.

“Semua anggota sedang menikmati juadah makan malam, sehinggalah ada sebuah kereta datang ke kawasan bomba dengan membunyikan hon dan menjerit meminta tolong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rupa-rupanya ada seekor ular keluar dari bonet hadapan. Mungkin ular tersebut tidak tahan panas selepas enjin telah lama dihidupkan. Sesiapa pun mesti akan risau jika ada ‘entiti’ asing yang menjelmakan diri di tempat dan masa yang tidak sesuai,” tulisnya di dalam kapsyen video itu.

Pesannya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan di ruangan enjin, lebih-lebih lagi ketika musim hujan ini.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 274,400 tontonan, 13,000 tanda suka dan 304 perkongsian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai kagum dengan wanita tersebut kerana sanggup memandu ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan, serta memuji kepantasan anggota bomba untuk membantu dalam situasi cemas itu.

“Wah gigih wanita itu memandu sampai ke balai bomba, kalau saya mesti sudah tinggalkan kereta di tengah jalan,” seloroh seorang netizen.

“Terbaik abang bomba, dapat pada abang bomba cepat sahaja selesai masalah,” puji seorang netizen. – KOSMO ONLINE!

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Kira-kira 600 penyong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berkonvoi dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos,...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BARANGKALI memegang status judul lagu paling panjang di Malaysia, Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “Saya Juga Insan Biasa, Yang Punya Rasa Sedih & Kecewa”, Coretan Ikhlas Tan Sri Muhyiddin Yassin Calon Perdana...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. AL RAYYAN – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez tidak harus dipersalahkan ekoran kegagalan membantu Uruguay yang hanya seri tanpa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications