Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Wanita Kecewa Hospital Lambat Bertindak, Anak Dua Kali Sawan


Ibu kecewa kerana pihak hospital lambat ambil tindakan, anak kena sawan dua kali

Wanita Kecewa Hospital Lambat Bertindak, Anak Dua Kali Sawan. Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa kecewanya mengenai layanan sebuah hospital kerajaan di kawasan Lembah Klang kerana lambat bertindak ke atas kes kecemasan anaknya.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, wanita tersebut mengatakan anaknya terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Wanita Kecewa Hospital Lambat Bertindak, Anak Dua Kali Sawan
Sumber: google

Dalam pada itu, menurut sumber, dia ke hospital disebabkan anaknya terkena sawan, namun terpaksa menunggu dari jam 11.30 pagi sehingga jam 3.30 petang untuk mendapatkan rawatan.

Masuk ke hospital sebab terkena sawan, refer ke zon kuning menunggu untuk rawatan

“Anak saya kena sawan pagi tadi dan ‘refer’ ke hospital pukul 11.30 pagi. Lepas tu terus masuk ke bahagian kecemasan zon kuning.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sampai jam 3.30 petang baru ada doktor datang tanya itu ini dan ambil darah. Itu pun sebab saya bising kuat-kuat dengan pesakit sebelah.

“Sebelum tu tak ada siapa pun datang. cuma ada sorang staf (jururawat) je datang ambil tekanan darah masa mula-mula sampai,” kongsinya di media sosial menurut laporan.

Tunggu 4 jam untuk rawatan, malah terkena sawan buat kali kedua

Sementara itu, wanita tersebut menyatakan bahawa dia faham dengan situasi sibuk di bilik atau unit kecemasan, tetapi dia turut mempersoalkan dengan rasa kecewa mengapa pemeriksaan awal kena tunggu sehingga empat jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Yang paling saya kecewa pukul 4 petang anak saya kena sawan lagi sekali, lepas tu baru la jururawat pasang oksigen dan masukkan air ‘drip’,” luahnya.

“Saya tanya buat ni sebab dah dapat keputusan darah ke? Mereka kata keputusan tak keluar lagi. Allah lagilah luluh hati seorang ibu.

“Maksudnya lepas anak saya kena sawan kali kedua baru mereka (kakitangan) perasan ada baby (bayi) yang kena sawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan perkongsiannya di media sosial telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen juga berkongsi kisah yang sama semasa mahu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications