Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Wanita Kongsi 6 Cara Mudah Halau Kutu Atau Bubuk Dalam Beras


Wanita Kongsi 6 Cara Mudah Halau Kutu Atau Bubuk Dalam Beras

Bagi mereka yang sering ke dapur dan memasak pasti sudah lali dengan kejadian atau penemuan kutu beras atau bubuk pada beras yang disimpan.

Bubuk akan menjadi sangat banyak jika beras tersebut disimpan terlalu lama dan mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelbagai tips dan kaedah telah digunakan namun masih lagi menemui jalan yang buntu dalam menangani masalah ini.

Justeru, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan enam cara mudah dan berkesan untuk halau bubuk ini.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Leha Yusuf atau lebih mesra disapa Kak Ya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar via Naim AJ Pest

Menurut wanita itu, cara mudah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan beras di atas dulang yang besar dan kemudiannya dijemur di tengah panas.

Kutu beras dikatakan akan keluar dari beras dan mencari tempat yang lembap. Cara ini katanya sering digunakan oleh orang-orang dahulu termasuk ibu Kak Ya.

Kredit Facebook/Leha Yusuf

Cara yang kedua adalah dengan memasukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering akan mengeluarkan bau yang kuat dan ia juga bersifat panas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, cara ini sangat berkesan dan digunakan oleh Kak Ya sehingga ke hari ini.

Cara yang seterusnya adalah dengan menggunakan bawang putih. Kutu beras sangat sensitif dengan bau-bauan yang kuat. Bau yang keluar dari bawang putih mampu membantu menghalau kutu beras daripada terus menyorok dalam beras.

Kredit Facebook/Leha Yusuf

Keempat adalah dengan cara meletakkan daun pudina. Daun pudina bagaimanapun perlu dikeringkan sebelum diletakkan ke dalam bekas simpanan beras.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daun pudina yang sudah kering boleh dikisar jadi serbuk lalu dimasukkan ke dalam uncang seperti teh.

Selain itu, anda juga boleh menggaul daun pudina kering tadi bersama-sama dengan beras.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara kelima adalah dengan meletakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain boleh menghalau kutu beras, ia juga boleh mengharumkan beras yang disimpan.

Yang terakhir adalah dengan meletakkan kulit kayu manis di dalam bekas simpanan beras. Bau harum dari kulit kayu manis sangat berkesan untuk menghalau kutu beras dari bekas simpanan.

Cara ini sangat mudah, anda hanya perlu letak setengah batang kayu manis sudah memadai untuk menghalau kutu beras tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Diharap dengan perkongsian pada hari ini dapat membantu pembaca untuk mengatasi masalah beras dipenuhi dengan bubuk.

Sumber: Facebook/Leha Yusuf

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Hiburan

0 DILAHIRKAN dalam keluarga seni membolehkan Sara Ali Khan yang juga anak kepada aktor tersohor, Saif Ali Khan dengan mudahnya memasuki dunia hiburan. Namun...

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications