Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wanita payung pengemis OKU dipuji ‘malaikat dunia’


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JAKARTA – Tindakan seorang wanita di Kota Pekanbaru, Riau yang memayungi seorang pengemis orang kurang upaya (OKU) semasa hujan lebat menyentuh hati netizen, lapor  laman berita Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram @dakwah.islami, wanita itu dengan sabar memayungi  seorang pengemis lelaki OKU tersebut yang mencari tempat berteduh daripada hujan lebat.

Kemurnian hati wanita itu menyebabkan pengguna media sosial menyifatkannya seolah-olah seperti ‘malaikat dunia’  yang sanggup berhujan bersama golongan kurang upaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ternyata, ada juga ‘malaikat dunia’ ,” tulis keterangan pada video tersebut.

Rakaman video itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan dibanjiri pelbagai komen yang meluahkan rasa terharu kerana masih ada insan yang prihatin seperti wanita itu.

“Semoga Allah lindungi mereka berdua dan Allah mengembalikan semula kebaikan yang ditunjukkan oleh wanita itu,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Mengimbas kenangan 11 tahun lalu, ratusan ribu rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunaikan Solat Jumaat....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah memuat naik bebenang...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEKAS Pengarah Akademi FC Twente, Dennis Bekking menjadi pilihan apabila dilantik selaku Pengarah Teknikal Selangor FC yang baharu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA NERUS – Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM) akan turut memberi fus membantu kesihatan mental mangsa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications