Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Wanita Pecah Rekod Baru Sendawa Paling Kuat Di Dunia, Lebih Kuat Dari Bunyi Motor “Full Throttle” 


Wanita Pecah Rekod Baru Sendawa Paling Kuat Di Dunia, Lebih Kuat Dari Bunyi Motor “Full Throttle” 

Seorang wanita di Virginia berjaya mencipta Rekod Dunia Guiness (GWR) baharu untuk sendawa paling kuat, lapor New York Post.

Kimberly Winter, 33, dikenali sebagai @Kimycola di TikTok dilaporkan telah memecahkan rekod itu pada 28 April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sendawanya dikatakan sekuat 107.3 desibel dan sama kuat dengan bunyi motosikal pada pendikit penuh.

Bunyi sendawa Winter lebih kuat berbanding bunyi pengisar (70-80 dB), gerudi tangan (90-95 dB) dan juga beberapa motosikal pada throttle penuh (100-110 dB) mengikut GWR.

“Saya mengambil kopi ais dan sandwic untuk sarapan pagi di Dunkin dan satu bir sebagai tambahan,” beritahu Winter kepada The Post tentang hidangan yang membantunya untuk memecahkan rekod tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemegang rekod wanita terdahulu adalah milik Elisa Cagnoni di Itali dengan sendawa 107 dB pada 2009.

Bagi rekod lelaki pula dipegang oleh Neville Sharp dari Australia dengan mencatatkan kekuatan sendawa 112.7 dB pada 2021.

“Saya tahu bahawa saya sangat bising. Saya mempunyai keyakinan dan saya hanya perlu mendapatkan campuran yang betul di dalam perut untuk menghasilkan sendawa yang memecahkan rekod dunia,” kata Winter kepada GWR.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pernah dihalau keluar dari bar kerana sendawa yang kuat

Wanita itu turut menambah bahawa dia juga tahu yang dia mempunyai peluang untuk memecahkan rekod selepas dihalau keluar dari bar kerana sendawanya.

“Apa yang saya lakukan untuk bersedia sendawa besar ialah saya hanya menarik nafas panjang dan cuba memanipulasinya menjadi sesuatu yang dahsyat dan ajaib,” dakwanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

GWR memerlukan Winter untuk sendawa di dalam “bilik mati”. Sebuah bilik yang serupa dengan studio rakaman untuk mengukur tahap bunyi sendawanya itu tanpa bunyi dari luar.

Winter bersama dengan pihak GWR mencipta rekod bersejarah tersebut di stesen iHeartRadio Maryland tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit Guiness World Records

“Saya bersedia untuk percubaan rekod dunia dengan mencatat nota. Makan kombinasi berbeza, minum minuman berbeza dan lihat apa yang akan membuatkan saya sendawa paling kuat,” jelas Winter lagi.

Winter memberitahu The Post bahawa dia akan meraikan kejayaannya itu bersama peminat di TikTok Live.

Serta menikmati hujung minggu bersama rakan dan keluarga dengan menu ayam panggang dan makanan laut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@kimycola

Burp Fans, thank you all I love you 🥰 #fyp #viral #burp #burps #burping #burpqueen #burpingqueen #burpgirl #burpinggirl #belch #belching #burptok #burptoker #saturday #saturdayvibes #weirdshit #dumbshit #girlswhoburp #wifeymaterial

♬ original sound – Kimycola

Sumber: New York Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement