Hi, what are you looking for?

wanita bersalin sendirian

Mamak News

Wanita Positif Covid-19 Bersalin Sendirian, Anak Nyaris Jatuh Dari Katil


Viral di media sosial semalam apabila seorang wanita membuat perkongsian di Facebook, mendakwa terpaksa bersalin sendirian di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif COVID-19 selepas panggilannya untuk meminta bantuan kakitangan hospital tidak dilayan.

Wanita bersalin sendirian

Dalam luahannya, dia yang disahkan positif Covid-19 telah dibawa ke bilik bersalin untuk menunggu sebelum dijadualkan bersalin secara pembedahan.

Walau bagaimanapun, dia telah “terbersalin” sendiri tanpa bantuan doktor atau jururawat memandangkan ditinggalkan sendirian. Jeritan meminta bantuan juga tidak disedari oleh mereka sehinggalah dia menjerit kali terakhir seusai bayinya selamat dilahirkan.

Perkongsian yang dibuat wanita bernama Noor Aziah itu mendapat perhatian ramai dan ada juga dakwaan yang staf kesihatan tidak mengendahkan keadaanya apabila wanita itu memaklumkan terdengar suara ketawa di luar bilik bersalin.

Wanita yang hamil anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu itu telah hadir ke bilik saringan HSI pada 5.33 pagi, 23 Julai lepas kerana mempunyai tanda-tanda awal bersalin. Ketika itu, dia turut mengesahkan menjadi kontak rapat suaminya yang disahkan positif Covid-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikut adalah tangkap layar perkongsian kejadian dan kisah yang diceritakan oleh wanita tersebut:

JKNJ mengesahkan dakwaan, beri penjelasan

Namun begitu, menerusi kenyataan rasmi daripada Jabatan Kesihatan negeri Johor, pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru mengakui kebenaran dakwaan wanita tersebut.

Pihak hospital juga menjelaskan bahawa aduan Noor Aziah itu berasas. Walau bagaimanapun, pihak JKNJ memaklumkan proses bersalin berlaku lebih awal dari jangkaan pihak hospital.

Namun, pihak HSI menafikan suara ketawa yang dimaklumkan tetapi suara tersebut datang dari bilik bersalin berhampiran memandangkan berlaku proses kelahiran secara vacuum.

Jadi, JKNJ akan melakukan siasatan dengan lebih terperinci terhadap kejadian tersebut dan akan menambahbaikkan apa yang diperlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Pesakit Warga Emas Merangkak Minta Bantuan, Meninggal Dunia 40 Minit Kemudian

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PUTRAJAYA – “Saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung” Demikian ulas pelakon Meerqeen sambil menafikan dakwaan bercium dengan...

Mamak News

0 Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), Osprey yang membawa lapan anak kapal terhempas di Pulau Yakushima di pantai Jepun. Menurut laporan media...

Sukan

0 VALENCIA – Pasukan Repsol Honda mula mengatur barisan kru terbaik mereka menjelang persiapan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas mengesahkan kehadiran pelumba...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications