Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wanita Terkejut Rakan Tidak Basuh Bra Setahun


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LONDON – Seorang wanita menimbulkan perdebatan di media sosial apabila mendedahkan bahawa rakannya mengaku hanya membasuh coli setahun sekali, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Wanita yang menggunakan akaun @desyr.reviews memberitahu,  dia terdiam apabila diberitahu tentang perkara itu dan menimbulkan rasa ingin tahu mengenai tabiat membasuh bra wanita lain.

“Kawan saya pernah mengaku bahawa dia cuma basuh pakaian dalamnya iaitu bra setahun sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya terkejut dan tertanya-tanya, berapa kerapkah bra atau coli sepatutnya dibasuh?” katanya dalam satu rakaman video di TikTok.

@desyr.reviews Comment how often you wash your bras 😅 #winteroutfit #askontiktok #brawash ♬ Own Brand Freestyle – FelixThe1st & Dreya Mac

Video itu mendapat pelbagai reaksi dan komen yang menyatakan rasa geli dan mengecam tindakan rakan wanita itu yang disifatkan sebagai pengotor.

“Saya tidak boleh simpan apa-apa pakaian yang sudah dipakai sekali, apatah lagi mengeramnya selama  setahun,” komen seorang pengguna media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Laundryheap, Deyan Dimitrov menyarankan bahawa pengguna perlu mencuci coli selepas dipakai tiga kali atau sekali hingga dua kali seminggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

‘Membiarkan bra yang tidak dibasuh lebih lama akan mengumpulkan bakteria, peluh dan kulit mati dan menyebabkan coli anda menjadi berbau, malah boleh menyebabkan jerawat badan.

‘Gagal mencuci coli anda juga akan mengakibatkan kulat dan yis terkumpul dalam gentian,” tegasnya. – Agensi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SERDANG – Agrobank dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menguruskan caruman takaful ahli...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALOR GAJAH – “Tidak sampai lima minit hujan, pusaran angin menerbangkan bumbung bilik tengah, dapur dan bilik air,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANAH MERAH – Seorang warga emas mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas gelang tangan dan rantai lehernya diragut semasa...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tujuh wanita yang cuba memasuki negara ini melalui...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications