Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wanita terlantar strok cedera dicakar harimau akar masuk rumah


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LIPIS – Sepasang suami isteri berusia 55 dan 58 tahun berhadapan detik mencemaskan apabila seekor harimau akar menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Sentang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, haiwan liar berkenaan yang menceroboh ke dalam rumah pasangan itu melompat ke atas katil Faridah Ishak,58, yang terlantar akibat strok sebelum mencakar kening mangsa menyebabkan luka kecil.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, berdasarkan maklumat ketika kejadian harimau berkenaan mengejar seekor kucing yang ditemukan mati di kawasan berhampiran sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Melihat seekor harimau akar, seorang lelaki yang menghuni rumah itu cuba menghalau tetapi haiwan liar itu telah melompat ke atas katil dan tercakar kening isteri mangsa berkenaan yang terlantar di atas katil akibat penyakit strok.

“Bagaimanapun mangsa yang dicakar cuma mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, susulan kejadian, anak saudara mangsa telah membuat aduan di pondok polis Kampung Pagar Sasak semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anggota dari Pondok Polis Pagar Sasak telah berkejar ke lokasi dan mendapati penduduk telah mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah pasangan itu.

“Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi setelah anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Kuala Lipis yang berada di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa,”katanya.

Azli berkata, renjer Perhilitan yang tiba pada pukul 8 malam berjaya menangkap haiwan liar itu menggunakan tembakan ubat pelali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu beliau berkata, mangsa yang luka dibahagian kening dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku dan berada dalam keadaan selamat

“Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan mencuba menangkap haiwan liar yang menceroboh kawasan tempat tinggal termasuk membunuh hidupan liar terutamanya yang dilindungi oleh kerajaan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Penjaring gol tunggal Jerman, Ilkay Gundogan mengecam aksi rakan sepasukannya dan menyifatkan pasukannya telah memudahkan tugas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GRS Secara Rasmi Akan Sertai Kerajaan Perpaduan – PM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada hari...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Gelagat haiwan berbulu berwarna jingga atau lebih terkenal dengan gelaran ‘Oyen’ yang nakal dan pelik...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications