Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wanita tidak jadi kahwin ambil RM18,000, emas 80 gram


PETALING JAYA – Jangan ingat wanita bernikab dan bersuara lembut semuanya jujur, perlu berhati-hati dan jangan letak kepercayaan penuh.

Menerusi satu video tular di media sosial ketika ini, seorang wanita muda dan seorang ustaz yang dikatakan berbangsa Kemboja itu didakwa menipu seorang lelaki.

Kejadian yang difahamkan berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur itu menunjukkan seorang bakal pengantin lelaki telah ditipu RM18,000 oleh wanita dan ustaz tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah wanita dan ustaz tersebut juga didakwa mengambil barang kemas seberat 80 gram dari bakal pengantin terbabit.

Wanita dan bakal pengantin lelaki itu dikatakan tidak jadi kahwin dengan alasan lelaki terbabit sering memalukan ibu bapa wanita tersebut.

Menjadi isu adalah wang RM18, 000 dan barang kemas 80 gram tidak dikembalikan semula kepada bakal pengantin lelaki selepas perkahwinan dibatalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video terbabit, seorang lelaki yang menjadi wakil kepada bakal pengantin lelaki telah menyoal wanita dan ustaz terlibat, pelbagai alasan yang telah diberikan mereka berdua.

“Awak dengan dia tak kahwin lagi, awak janji nak kahwin dengan dia, sebelum ni dia sudah bagi awak RM18, 000 dan barang kemas 80 gram kepada awak dan ustaz ni,” jelas wakil lelaki itu.

Melihat kepada komen dari orang ramai, ada yang menyatakan kisah mereka itu sudah lama berlaku sehingga lelaki yang ditipu terpaksa hantar wakil untuk selesaikan masalah terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dah lama berlaku, tetapi wanita ni tak nak selesai cara baik. Katanya mereka memang nak tipu orang.

“Wanita dan keluarga dia didakwa menipu bakal suaminya selepas dapat duit itu. Sampai sekarang duit RM18, 000 tu tak tahu ke mana,” jelas Wan_batisakta.

“Wanita itu tak nak berdepan dengan pihak lelaki, video ni dibuat selepas wakil lelaki siasat di mana wanita ini berada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak nak komen lebih tapi dari apa yang aku tahu wanita itu memang menipu lelaki untuk dapatkan wang. Macam sindiket pun ada. Mereka ni bukan warga Malaysia katanya,” jelas Hidayah Ishak. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Rata-rata orang bujang berbelanja sekitar RM20 hingga RM30 sehari untuk tiga kali makan. Menerusi tinjauan Kosmo! di hari ini mendapati,...

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications