Hi, what are you looking for?

Mamak News

Wanita Warga Emas Maut Dipijak Gajah Liar Di Tawau


TAWAU, 23 Sept (Bernama) — Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan dekat sini pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi sewaktu mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh, 60-an menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.

Dalam kejadian itu suami mangsa selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Primus Lambut berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar mengamuk di kawasan Dumpas.

“Gajah ini bukan gajah betina bunting yang sebelum ini pernah dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai kerana gajah itu sudah dihalau ke hutan…gajah ini lain, ia tidak memakai kolar,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

— BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas dua tahun bercinta, penyampai radio atau deejay Fly FM, Arieff Yong melamar kekasih asal Sepanyol di sebuah pawagam pada...

Sukan

3s NAIROBI, Kenya – Berita sedih menyelubungi sukan maraton apabila pemegang rekod dunia sukan tersebut, Kelvin Kiptum disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan dia masih berbisa di pentas antarabangsa selepas memenangi pingat emas acara keirin...

Advertisement