Hi, what are you looking for?

Mamak News

Warga Asing Maut Bergaduh Di Pusat Hiburan


KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga asing terbunuh dipercayai selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan tujuh lagi warga asing termasuk dua wanita, di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat pada 5.35 pagi tadi mengenai tiga lelaki warga asing berbangsa Afrika yang cedera disyaki akibat pergaduhan dan berada di wad kecemasan sebuah hospital swasta.

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa dan rakannya dipercayai bergaduh dengan sekumpulan lelaki warga asing yang (juga) berketurunan Afrika.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa yang berumur 32 tahun telah meninggal dunia ketika diberikan rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan parah iaitu kesan luka akibat tetakan di belakang leher,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ashari berkata kesemua suspek berumur lingkungan 26 hingga 40 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Hiburan

3s KUALA PERLIS – Sebelum Perlis yang kini menjadi tumpuan dek suasana alam bertukar menjadi keperang-perangan akibat kemarau, pelakon Rita Nadira sebenarnya telah lama...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Mengelak terjebak skandal atau cinta lasi, pelakon Ezzanie Jasny mengambil pendekatan tidak menyimpan nombor telefon hero gandingannya dan mengehadkan komunikasi...

Advertisement