Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Warga asing miliki 85 paket minyak masak diberkas


JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 85 paket minyak masak subsidi dalam Op Taring Landai, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, berdasarkan risikan unit risikan PPM, satu pemeriksaan telah dibuat terhadap kereta dipandu suspek pada pukul 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu membawa lima kotak mengandungi 85 paket minyak masak satu kilogram yang bernilai RM8,212.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Minyak masak tersebut tidak mempunyai dokumen dan permit yang sah. Pihak polis turut menahan lelaki warga asing berusia 35 tahun itu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Kamarul Zaman berkata, masyarakat juga digesa agar terus menyalurkan maklumat kepada polis berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang dan peraturan supaya keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara.

“Polis Johor menasihati mereka yang masih terbabit dengan aktiviti penyeludupan agar menghentikan aktiviti berkaitan. Polis tidak akan berkompromi serta akan terus menjejaskan aktiviti ini,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.-KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications