Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Warga Bangladesh Bakal Takluk Bisnes ‘Bundle’?


Seperti yang diketahui umum, Bangladesh merupakan sebuah negara yang terkenal di dunia dengan perusahaan tekstilnya.

Tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, warga Bangladesh akan mula bertapak untuk menakluki industri dan bisnes pakaian terpakai atau ‘bundle’ di Malaysia pula.

Pandangan tersebut dibuat oleh seorang wartawan akhbar Harian Metro yang membuat tinjauan di Pasar Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur dan mendapati ramai warga Bangladesh kini menjadi pilihan peniaga ‘bundle’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Bangladesh Bundle

Jalan yang memang sinonim dengan barang ‘bundle’ tersebut didapati kini rata-ratanya dibanjiri dengan warga Bangladesh yang mencari rezeki dengan menjadi pekerja di gerai menjual pakaian terpakai.

Ketika melalui lorong berkenaan, tinjauan mendapati tidak kurang lima kedai ‘bundle’ yang majoriti darinya dijaga oleh warga asing dari Bangladesh.

Ramai warga asing dari negara tersebut juga didapati telah pun memulakan perniagaan seawal jam 3 petang di Jalan Haji Taib yang sebelum ini terkenal dengan julukan ‘belakang mati’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya hanya kerja saja di sini. Tauke (majikan) orang tempatan. Setiap hari kami akan buka kedai.

“Saya tidak boleh buka perniagaan di sini kerana tiada modal,” jelas seorang lelaki Bangladesh ketika disapa oleh wartawan.

Mereka juga didapati seolah-olah semakin ‘selesa’ bekerja dalam bisnes ‘bundle’ biarpun sebelum ini perniagaan tersebut jarang dipelopori oleh mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peniaga tempatan walau bagaimanapun didapati masih lagi ramai menjalankan perniagaan menjual pakaian, kasut dan aksesori di situ.

BACA: Budaya Gengster & Buli Di Pasar Borong, Sisi Gelap Yang Petani Muda Perlu Ambil Tahu

Sumber: myMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang...

Sukan

0 LEVERKUSEN – Pengarah Bayer Leverkusen, Simon Rolfes memberikan jaminan pengendali pa­sukan itu, Xabi Alonso akan terus kekal bersama kelab berkenaan menghadapi saingan musim...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Kedudukan ratu terjun negara, Datuk Panela Rinong dalam program Road To Gold (TRG) akan ditentukan menjelang mesyuarat jawatankuasa RTG yang...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas tiga tahun menanti penuh kesabaran,  pelakon Ainul Aishah akhirnya diperkenankan rezeki hamil cahaya mata sulung. Menurut Ainul atau nama...

Advertisement