Hi, what are you looking for?

Mamak News

Warga Emas Cedera Terjatuh Ketika Mendaki Bukit Pejajat


KEMAMAN, 10 Jan – Seorang pendaki warga emas berusia 60 tahun cedera di bahagian kepala dan pinggang setelah terjatuh dari ketinggian enam meter, ketika sedang mendaki Bukit Pejajat dekat Telaga Simpul di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata lelaki dikenali sebagai Duta Madu Kelulut Walk, Sabri Ali itu dikatakan mendaki secara solo sejak awal pagi dan tiba di puncak dengan selamat, namun ketika berpatah balik tali yang digunakan terputus menyebabkannya terjatuh.

BACA: 14 Tempat Hiking Di Pahang Yang Wajib Korang Pergi!

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kemalangan itu disedari beberapa pendaki lain yang ada berdekatan dan mereka membuat panggilan telefon untuk misi menyelamat mangsa… pihak kami menerima panggilan pada 9.09 pagi dan seramai 17 anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Katanya disebabkan laluan darat agak berisiko kerana lereng bukit yang berbatu dan curam, pihaknya terpaksa menggunakan bot bersama polis, untuk membawa mangsa keluar dari lokasi tersebut yang terletak berhampiran pantai.

“Operasi menyelamat selesai dalam masa sejam dan mangsa telah diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kemaman menggunakan ambulans, untuk mendapatkan pemeriksaan lebih terperinci,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warga emas yang lebih dikenali sebagai Pak Sabri itu agak terkenal di Terengganu dan pernah diiktiraf dalam Buku Rekod Malaysia sebagai Pejalan Kaki Solo Terjauh, selepas berjaya menamatkan jarak perjalanan sejauh 2,109.17 kilometer melalui 49 lokasi merentasi 14 negeri pada 2016.

— BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications