Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Warga emas korban pertama banjir di Johor


SEGAMAT: Seorang warga emas ditemukan lemas selepas motosikal yang ditungganginya hanyut dibawa arus deras di Serakek, Buloh Kasap, di sini hari ini.

Mangsa, Gan Ai Boon, 63, yang juga pekebun ditemukan kira-kira pukul 5.15 petang tadi pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.

Terdahulu, mangsa dalam perjalanan ke kebun duriannya semalam sebelum keluarganya membuat laporan apabila tidak pulang ke rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd. Hazim Abdul Razak berkata, mangsa cuba menyeberangi arus deras di atas jalan yang digenangi air.

“Disebabkan arus terlalu deras, mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu dihanyutkan sehingga ke dalam sungai yang berhampiran.

“Ini adalah korban pertama melibatkan mangsa lemas sejak daerah Segamat dilanda bah tempoh hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Muhd. Hazim, mayat mangsa ditemukan berpakaian baju T hijau serta berseluar panjang berwarna gelap namun motosikal ditungganginya belum lagi ditemukan.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Bandar Segamat melibatkan seorang pegawai dan 10 anggota turut dikejarkan dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa dengan teknik Water Surface Rescue menggunakan sebuah bot.

Operasi ditamatkan kira-kira pukul 5.50 petang setelah mangsa diserahkan kepada pihak polis dan di bawa ke Unit Forensik, Hospital Daerah Segamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Bahrin Mohd. Noh mengesahkan menerima laporan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).



Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement