Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Waspada pastikan pilih premis makanan halal


KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih premis dan restoran termasuk mempunyai sijil halal diperakui sekali gus memastikan makanan yang dimakan itu daripada sumber terjamin status halalnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau turut menggalakkan umat Islam melayari portal rasmi halal selain aplikasi Verify Halal untuk memastikan status halal premis makanan.

“Saya nasihatkan seluruh masyarakat Islam supaya berhati-hati. Pergi mana-mana restoran, kita digalakkan untuk perhati ada logo halal atau tidak. Adakah logo tersebut menggunakan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau diperakui mana-mana jabatan agama negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sijil halal ini bukan mandatori, tapi galakan kepada mana-mana pemilik restoran dan individu untuk memohon sijil halal Jakim kerana ia lebih meyakinkan masyarakat.

“Di pihak kita pun seboleh-bolehnya Jakim menggalakkan permohonan bagi pensijilan halal,” katanya pada Majlis Pelancaran TH Khairat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu membabitkan restoran nasi ayam ‘claypot’ yang tular di media sosial kerana didakwa menggunakan bahan tidak halal bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jakim dalam kenyataan di Facebooknya sebelum ini memaklumkan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pempengaruh membuat ulasan makanan nasi ayam ‘claypot’ yang dijual peniaga tersebut di sebuah restoran.

Difahamkan, peniaga itu mendakwa makanan yang kebiasaannya dimakan oleh bangsa Cina itu dijadikan versi halal supaya pelanggan beragama Islam turut dapat menikmatinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ada pengguna media sosial mendakwa peniaga itu sebelum ini telah menggunakan bahan tidak halal di dalam masakannya iaitu wain untuk memasak sebelum menukar bahan itu kepada minyak bijan sebaik sahaja restorannya tular. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Takhta Liga Super Milik JDT Kali Ke-10 Berturut-Turut ISKANDAR PUTERI, 27 Sept (Bernama) — Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super buat kali...

Mamak News

0 ALOR SETAR – Seramai 603 mangsa banjir dari tiga daerah di negeri ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications