Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Waterpark Terbaharu Di Malaysia, SplashMania Gamuda Cove Kini Dibuka Dengan Tarikan 24 Gelongsor Air!


Taman tema air atau ‘waterpark’ SplashMania seluas 16 ekar (6.47 hektar), yang dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove sudah dibuka kepada orang ramai pada Isnin (6 Feb)!

Taman air ini menawarkan 39 tarikan termasuk 24 gelongsor air serta boleh memuatkan seramai 4,000 pengunjung pada satu-satu masa. Menarik betul!

SPLASHMANIA TAWAR PENGALAMAN LUAR BIASA, SLIDE VR PERTAMA DI MALAYSIA

Menjadi tarikan utama bagi SplashMania adalah mempunyai ‘Shaka Waka’, slide air multimedia dan audio sepanjang 78m yang dipasang dengan pelbagai lampu LED berwarna! Memang pengalaman menaiki Shaka Waka ini merupakan sesuatu pengalaman yang luar biasa dan ‘adrenaline rush’!

@anisaffandi00

Biggest waterpark in Asia, SplashMania at Gamuda Cove will open to public starting this 6th February! 🥳🥳 #fyp #traveltiktok #splashmania ♬ Santai – Faizal Tahir

Satu lagi slide dipanggil ‘Atlantis VR’, yang memerlukan pelawat memakai peranti realiti maya (VR) semasa menuruni slide. Tarikan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, menjadi ‘ikon’ bagi SplashMania yang anda boleh nampak dari jauh adalah turut menampilkan ‘Amazonia Ship’, tarikan terdiri daripada tiga tingkat dengan ketinggian 180 m dan dilengkapi dengan dua gelongsor bersudut 45 darjah dan sebuah restoran.

Jangan risau, bagi anda yang ingin membawa anak-anak yang masih kecil, SplashMania juga menyediakan kemudahan permainan air mesra kanak-kanak. Bukan mak ayah sahaja dapat enjoy, malah anak-anak pun boleh ikut turut serta!

Ramai tertanya-tanya tentang harga bukan? Untuk romosi ‘early bird’ harganya sangat berbaloi iaitu hanya berharga RM79 untuk dewasa dan RM63 untuk kanak-kanak dan juga warga emas, selepas tempoh promosi tiket akan dijual pada harga RM125 (dewasa) dan RM95 (kanak-kanak), manakala kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 0.9 m.

Jom jom! Anda hanya perlu layari laman web gamudaland.com.my/gamudacove/splashmania/ untuk dapatkan info dengan lebih lanjut.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications